nuffnang1

.:)

Mar 8, 2016

Kepentingan Banner Dalam Perniagaan Pasar Malam

Banner Menunjukan Apa Yang Anda Niaga....

Adakah anda sedar bahawa betapa pentingnya memaklumkan kepada semua orang jenis atau barang perniagaan anda.

Semasa anda melalui lebuhraya Utara Selatan atau sebaliknya pasti dikiri-kanan akan terlihat papan-papan iklan gergasi yang diletakan gambar tudung Fareeda terbaru, jenama motorsikal terkini, filem Yusoff Haslam yang akan ditayangkan minggu hadapan dan banyak lagi. Semuanya ini bertujuan menghebahkan kepada semua orang dan kepada dunia yang mereka mempunyai sesuatu untuk dijual.

Memasuki era 90an sistem lama tidak lagi digunakan seperti masa zaman kanak-kanak anda bila setiap petang akan datang sebuah kereta dengan bunyi bising dan pekikan dari " Loud Heller", berbunyi" Datanglah beramai-ramai ketapak ekspo Seberang Jaya kerana penyanyi jemputan adalah Dj Dave, Hail Ameer dan Kumpulan Kambing Hitam". Salah satu contoh pada zaman tersebut.

Namun kini segalanya cukup jauh berbeza apabila sekitar tahun 90an kebanyakan peniaga pasar malam sudah mulai menggunakan banner dengan tertera perkataan " Aree Bihunsup Ex Service".
#Sebutan Bihunsup#
Memaklumkan yang beliau menjual bihunsup atau
$$ Kebab Keladi Nangka$$
Membaw erti beliau menjual kebab.

Menggunakan banner amat mudah dan teknik terbaik melariskan produk perniagaan anda kerana semakin cantik dan semakin Kreatif banner anda pasti akan lebih menarik perhatian orang yang lalu lalang.

Saya sendiri pada tahun 2016 ini telah menukar konsep pada banner dengan meletakan Logo Penang FA disebabkan musim 2016 ini Pulau Pinang Layak ke Liga Super maka pada firasat saya kegilaan atau keterujaan peminat bolasepak Pulau Pinang yang lalu di pasar malam akan lebih tertarik, dengan ertikata mereka lebih peka pada apa yang mereka minat.

Kalau anda peniaga pasar malam atau berniaga dimana sahaja, jangan lupa pergilah sekarang menempah banner untuk mempromosikan produk jualan anda. Harga yang murah akan memudahkan anda dan lihatlah hasil jualan harian anda pasti akan meningkat.....

# SAYA NANTIKAN KEJAYAAN ANDA #
Post a Comment