Bawang dan Halia di Pasar Malam Yang Paling Murah
Seperti posting yang lalu saya ingin mengajak anda berkunjung ke setiap pasar malam yang ada di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Meninjau produk jualan peniaga-peniaga pasar malam yang tidak terdapat di pasar raya dan lokasi lain. Mungkin sama tapi tidak serupa, itulah perumpamaan yang boleh boleh di gambarkan.
Kali ini saya akan membawa anda sekali lagi ke lokasi Pasar Malam Mengkuang Titi yang cukup terkenal untuk mencari barangan keperluan harian dan barangan dapur seperti bawang, halia, cili kering, ajinomoto dan pelbagai barangan yang lain.
Tahukah anda berapa harga sekilogram besar sekarang ini. Kalau yang selalu ke pasar pastinya akan tahu apa sahaja harga terkini tetapi kalau yang sentiasa " tapau", kompom cakap orang Penang tak tau apa hehehe..sebabnya siang malam, pagi dan petang asyik bungkus sahaja, mana nak tahu harga.
Ingin saya perkenal seorang sahabat di pasar malam Mengkuang Titi yang menjalan perniagaan barangan dapur seperti yang saya nyatakan diatas, perniagaan warisan dari org tua beliau yang cukup maju, tanyalah siapa saja penduduk Kuala Mengkuang, siapa yang tak kenal Nasir bawang. Perniagaan turun temurun sejak generasi ke generasi yang cukup mantap dan hebat.
Kalau nak cari bawang datanglah ke pasar malam yang beroperasi setiap hari ahad dan lokasi tapak saudara Nasir berhadapan dengan Aree Bihunsup ex service. Aikkkkkk tak kan tak pernah makan bihunsup Aree yang sempoiiiii tu hahaahhaha.
Saudara Nasir dan Isteri cukup pandai melayan pelanggan yang datang ke gerai mereka, layanan yang penuh sopan dan santun serta senyuman yang dilontarkan sentiasa membuatkan pelanggan merasa dihormati dan dihargai. Anda boleh tanya kepada penduduk sekitar kenapa mereka tak mahu beli barang keperluan dapur dari orang lain. Mereka sanggup menanti ketibaan ahad walaupun dirumah mereka dalam bakul bawang hanya tinggal 3 "labu" bawang putih. Sebabnya keramahan saudara Nasir dan isteri memukau hati pelanggan-pelanggan mereka baik yang tua atau muda.
Mereka tidak pernah menunjukkan reaksi kurang selesa kepada pelanggan. Yang paling menarik perhatian adalah harga barangan Nasir yang cukup murah dan sukar peniaga lain meletakkan harga sebegitu murah.
Tambahan pula saudara Nasir amat mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan tidak lokek dalam memberikan ilmu-ilmu perniagaan yang hebat dari keluarga beliau untuk berkongsi sesama peniaga lain.
Sifat ambil berat akan masalah kawan-kawan dan keramahan beliau membuatkan kawan-kawan peniaga amat menyukai dan amat senang bila berada dengan beliau. Tidak mustahillah dengan sikap begini beliau mampu menjual barang- barang perniagaanya hanya jam 9 malam sudah "sold out".
Jadi kalau anda ingin dapatkan keperluan barangan dapur yang murah dan harga yang berpatutan jangan lupa tetapkan tarikh temujanji anda setiap hari ahad di pasar malam Mengkuang....jommmm jommmm kita piiiii ghamai-ghamai.
No comments :
Post a Comment