Aura Manusia Dan Sikap Minda Adakala Sentiasa Negatif
Setiap dari kita mempunyai pelbagai sikap dan kerenah atau sesentengah orang menyebut "Peel", dan ada 1001 macam perangai manusia.
Apa yang ingin saya perkatakan adalah sikap diri kita sebenarnya yang menjadikan Aura itu Negatif dan ada antaranya bersebab dan tidak bersebab.
Bagaimana untuk kita tangani Aura Negatif dalam kita yang kadang kalanya semakin hari semakin teruk dan sikap ini membuatkan kita sentiasa dalam kemurungan, sukar senyum dan dalam keadaan Stress Melampau.
Dalam dunia perniagaan pasar malam pun wujud keadaan sebegini yang sentiasa Negatif kepada peniaga-peniaga lain atau rakan-rakan. Bila ini berlaku akan terjadi pelbagai masalah yang semakin hari sukar dikawal yakni " Negative Thinking".
Orang sebegini kemana saja pergi pasti negetif.
Tidak semua apa yang kita lakukan disukai orang dan tidak semua orang tidak suka. Kalau si A tak mahu berkawan dengan anda tidak semestinya si B pun begitu. Set minda positif anda, ada ramai lagi kawan anda diluar sana.
Bila ada sahabat kita berkumpul dalam 4 orang berkumpulan, anda dari jauh memerhati dan terdetik dalam hati anda " Mereka ni sedang mengumpat aku ke", pandangan negatif anda tiba-tiba menghantui fikiran anda. Inilah Aura negatif yang paling buruk hadir dalam minda anda. Sukar mengatasi perkara begini?.
Begitu juga anda sangat berminat dengan media sosial yang menyampaikan maklumat dengan pantas sekali. Anda sering melayari FB, Whataps, Twiter. Semasa anda meninjau didalam FB anda terlihat sahabat posting pelbagai cerita dan terdetik dihati anda "Dia ni tulis pasal aku kot", atau sahabat anda upload pelbagai gambar-gambar sedang menaiki motor berkuasa tinggi, sedang bercuti di England atau sedang menaiki Jet Ski, " Terdetik dihati anda , berlagak betul la si mamat ni".
Semua yang saya nyatakan diatas adalah salah satu perkara yang banyak terjadi sekarang ini yang menimbulkan Aura Negatif anda tetapi kenapa ianya berlaku! adakah secara semula jadi atau bersebab atau juga sikap anda sendiri yang suka mengambil. Yang lebih tepat ayat macam orang sekarang bercakap " Suka Jaga Tepi Kain Orang", mungkinlah ayat itu lebih tepat.
Perkara pokoknya sekarang adalah bagaimana untuk mengatasinya. Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang Aura seperti pakar-pakar diluar sana yang mempunyai ijazah atau PhD dalam bidang ini namun saya boleh adaptasikan berlandaskan pengalaman dalam perniagaan pasar malam selama 18 tahun. Pelbagai kerenah manusia sudah saya jumpa dan bergaul dengan mereka.
Rasanya dah cukup panjang saya tulis, jemu pulak yang membacanya nanti heheehhe...
Jom kita cari penyelesaian Aura Negatif mengikut cara saya. Cukup mudah sangat sebenarnya mengatasi Aura Negatif dalam diri anda.
1. Setkan minda anda bahawa anda lakukan sesuatu kerana Allah.
2. Orang memberi pahala percuma kepada anda jika benar-benar mereka mengumpat anda.
3. Setkan minda anda bahawa anda adalah lebih hebat dan terbaik dari mereka diluar sana, tapi jangan sampai ego dan bangga diri.
4. Kalau Si A tak mahu berkawan dengan anda pergilah kepada Si B yang lebih mengambil tahu hal anda.
5. Andai ada orang yang suka menyakitkan hati anda, segeralah jauhkan diri anda daripadanya dan berkatalah dalam hati " bukan dia yang bagi aku makan dan tak menjadi kudis pun
6. Katakan dalam hati," Itu FB dia, lantak dialah nak posting apa pun, naik roket pun biarkanlah ", dan jangan ambik Pot.
7. Jangan lagi meninjau-meninjau fb so polan yang anda tidak sukai, like pada fb sahabat yang baik dengan anda dan suka like anda.
Semoga sedikit sebanyak informasi ini memberi tip dan ilmu untuk anda praktikan diluar sana.
No comments :
Post a Comment