nuffnang1

.:)

Mar 9, 2016

Orang Hebat Mampu Bekerja Sendiri

Tidak Semua Mampu Menggunakan Tenaga Mencari Wang....

Malas atau rajin sebenarnya bergantung pada diri seseorang individu itu sendiri dan bukanya salah orang lain.

Berkerja makan gaji atau kerja sendiri jauh amat berbeza kalau hendak diulaskan. Yang tabah dan kuat sahaja mampu bekerja sendiri atau sendiri tauke sendiri kuli. Apatah lagi kalau kita tidak membayar khidmat pekerja...

Siang dan malam kita buat seorang diri tiada bantuan dari sesiapa, mampu ke kita? Anda sendiri yang kena jawab, kalau makan gaji tak datang kerja ambil cuti cukup bulan tetap gaji masuk. Kalau kerja sendiri demam nak kena ambil cuti sakit ke hahahahaha.....alamatnya " miss sorru".

Saya telah pun menjalankan perniagaan ini masuk tahun ke-18 dan percayakah anda yang selama itu jugalah, saya sekali pun tidak pernah bercuti andainya saya sakit. Walau apa cara sekali pun saya akan tetap melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Kalau terlampau penat atau sakit saya akan tetap memasak, kemudian siapkan segalanya ke dalam kenderaan. Jam 3.30 pekerja akan hadir, kemudian baru lah saya akan berehat sekejap.

Nasihat saya kalau anda menjalankan peniagaan sendiri , saya fokus kepada yang buat bengkel  membaiki kenderaan.
Kalau pelanggan hadapi masalah dimalam hari dan mereka membuat panggilan telefon sebab kecemasan, janganlah berlagak sombong dan menipu bagai. Kesian sahabat yang hadapi masalah .

Jangan jadikan alasan demam anda tidak boleh datang, adakah anda akan terbaring sehingga 1 ke 3 hari layan demam tersebut......Kalau anda begitu saya yakin perniagaan anda tak akan bertahan.

EBOOK PASAR MALAM DAN PANDUAN GENERATOR DISINI

No comments :