nuffnang1

.:)

Mar 23, 2016

Pencarian Model Tudung Fareeda

Mydin Mall Bukit Mertajam Pencarian Model Tudung Fareeda

Semasa saya berkunjung ke Mydin Mall tadi dalam proses pencarian ayam untuk stok esok mata saya terpana kearah skreen tv gergasi di ruang legar utama pasaraya Mydin dengan model-model sedang memperagakan tudung-tudung jenama yang cukup terkenal iaitu Tudung Fareeda.

Bercerita tentang soal tudung Fareeda mungkin anda kurang percaya jika saya katakan yang keluarga mereka tinggal sekampung dengan saya, model sekarang yang sentiasa terpapar pada papan-papan iklan gergasi adalah Mawar iaitu anak sulung kepada Puan Fareeda.

Mawar dengan saya memanglah jauh perbezaan dari segi umur dan nenek kepada Mawar adalah rakan baik ibu saya kerana ibu saya dan nenek Mawar tinggal sekampung semasa kecil di Jelutong, Pulau Pinang.

Kampung kami terletak di Permatang Janggus, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Sekarang ni dah jadi artis jadi Ibu saya dah jarang berkunjung ke rumah nenek Mawar.

Ok lah berbalik kepada tajuk entri, pencarian model tudung Fareed yang akan berlangsung di Mydin Mall, Jalan Baharu Perai dari 23hb - 25hb Mac 2016. Tiada sebarang syarat ketat dikenakan, tak perlu ada diploma atau ijazah. Anda hanya perlu hadir pada tarikh yang dimaklumkan untuk sesi fotografi dan mungkin tuah anda ada disini.

Saya masih lagi teringat pada tahun 2009 anak kepada Pak Mat Laksa yang bernama Halimahton. Sentiasa ke pasar malam membantu emak dan bapak beliau dalam perniagaan laksa. Rupa paras Halimahton memang tak boleh nak dipertikaikan la sebab siapa yang bertandang ke gerai laksa Pak Mat pasti kalau boleh tak nak bangun dah.

Akhirnya Si Halimahton berjaya menjadi model yang cukup terkenal sekarang ini, anda carilah sendiri siapa model yang saya maksudkan kerana dari Laksa ke pentas antarabangsa. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu, begitulah rezeki Halimahton.

Mungkin ada dikalangan anak-anak, kaum kerabat dan sahabat handai yang berminat menjadi model maka silalah panjangkan maklumat ini ya.

No comments :