Salam sejahtera dan selamat pagi buat anda yang masih belum tidur, waktu sekarang jam menunjukan 12.26 pagi. Saya sebenarnya sedang menantikan perlawanan bolasepak perlawanan Liga Juara-Juara jam 1 pagi nanti antara Chelsea vs PSG (Paris Saint Germain).
Sementara menanti perlawanan bermula ada baiknya saya postingkan satu tip pemilihan untuk payung dan kanopi buat peniaga pasar malam yang masih baru atau buat anda yang berminat berniaga tetapi masih kurang ilmu pengetahuan soal pemilihan payung dan kanopi ini. Tip ini boleh diguna pakai dimana sahaja dan tidak semestinya di pasar malam sahaja.
Dalam pemilihan payaung atau kanopi pasar malam, saya menyarankan anda jangan terlampau mendengar cakap kawan-kawan yang itu tak bagus yang ini tak bagus. Bagi saya sebagai peniaga baru pasar malam atau pun uptown semua itu tidak menjadi masalah kerana pangalaman akan mengajar anda segalanya.
Apa yang perlu anda ketahui cuma sekadar ada berapa jenis payung dan kanopi yang selalu digunakan dipasar malam dan uptown. Baiklah kita teruskan penerangan kita selanjutnya.
Kanopi terdapat 2 jenis yang kain tebal atau kain nipis dan harga juga mengikut saiz ketebalan kain tersebut. Di Pulau Pinang kalau kain nipis dalam RM250 kanopi berukuran 10 x 10 kaki. Sekiranya Kain yang tebal boleh mencecah sehingga RM280.
Bagi Kain Tebal dan kanopi berukuran 10 x 15 kaki, harganya anggaran sekitar RM34, bagi pandangan saya sebaiknya anda ambil dahulu Kanopi yang murah dan belajar dahulu bagaimana menjalankan perniagaan dengan lebih baik.
Begitulah juga dengan payung pasar malam atau uptown. Terdapat 2 jenis payung samada yang tebal atau nipis. Kalau payung 4 segi dan tebal harganya di Pulau Pinang RM130. Kalau nipis anggaran RM115 sahaja. Sebenarnya harga yang tebal dan nipis tidak jauh berbeza dan inilah yang dinamakan manipulasi perniagaan.
Untuk maklumat anda kalau payung bulat memang sudah lama saya tidak nampak di pasar malam mahu pun uptown. Mungkin payung bulat tidak lagi digunakan buat selama-lamanya. Harga payung bulat yang besar dan kecil adalah RM120. Harganya tak banyak beza kalau dibanding dengan payung dan kanopi pasar malam.
BERMINAT NEGA DIPASAR MALAM, JOM LA SAYA AJAR HINGGA ANDA BERJAYA
Kanopi 10 x 10 kaki
Kanopi 10 x 15 kaki
Payung 4 segi
No comments :
Post a Comment