Besen Basuhan Pinggan Dan Mangkok Pasar Malam
Air Basuhan amat penting sekali bagi peniaga pasar malam yang berorientasikan perniagaan beliau dengan makanan yang menggunakan pinggan mangkok.
Air basuhan kalau kita perhatikan sering kali peniaga-peniaga kurang mengambil berat dan ada yang sambil lewa mencuci pinggan mangkok walaupun ramai pelanggan memerhatikan anda bekerja.
Bekas air basuhan perlulah disediakan dengan betul sekurang-kurangnya 3 besen air basuhan untuk memastikan yang pinggan dan mangkok selepas dicuci kebersihanya terjamin
Bila terdapatnya 3 besen air basuhan yang telah kita sediakan bermakna, 1 besen untuk menggunakan sabun, besen kedua untuk membilas sabun dan air basuhan besen ketiga untuk membilas semula. Ini sudah pastinya menghilangkan bau sabun basuh.
Jika air basuhan dalam keadaan kurang bersih atau bertukar warna sebaiknya ditukarkan air basuhan tersebut dengan yang baru.
Perniagaan pasar malam dengan kedai makan amat berbeza kerana kalau di kedai atau restoran air basuhan tidak menjadi masalah kerana mereka menggunakan paip air jadi penggunaan besen memadai hanya 2 sahaja untuk air basuhan tersebut sebab air paip sentiasa boleh mengalir kalau dibandingkan air basuhan di pasar malam.
Pemantauan oleh anda sendiri sebagai tauke atau ampunya perniagaan pasar malam berhubung air basuhan amat diperlukan kerana di kuatiri pekerja anda kurang menitik beratkan hal air basuhan ini. Janganlah sehingga Pihak Berkuasa Tempatan keluarkan surat saman berkenaan air basuhan yang kotor baru anda nak putih mata.
PANDUAN MUDAH BERNIAGA DI PASAR MALAM KAMI SEDIAKAN BUAT ANDA
No comments :
Post a Comment