Penipuan Nombor Giliran Dikenal Pasti
Tinggal lebih kurang 70 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan yang bakal menjelma bulan Jun nanti. Rata-rata peniaga pasar malam dan uptown mula memperkatakan lokasi-lokasi yang paling bagus untuk bertapak selama 1 bulan.
Namun yang tak bestnya setiap kali itu juga pastinya berlaku perkara-perkara yang kurang enak didengar yakni berlakunya pergaduhan yang membabitkan bakal-bakal peniaga dengan penganjur atau sesama peniaga akibat merebut tapak.
Inilah yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro berlakunya pergaduhan disebabkan nombor je pun yang dikenal pasti berlakunya penipuan dalam mendapatkan nombor giliran untuk mendapatkan borang bazaar ramadan di Stadium Petaling Jaya kelmarin.
Berlaku sedikit kekecohan apabila ada individu yang menggunakan nombor giliran palsu ketika membeli borang permohonan berkenaan. Mereka menipu supaya dapat membeli borang tersebut kerana ianya terhad.
Namun Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBSJ) Zainun Zakaria berkata, hanya berlaku sedikit kekecohan ketika pengagihan nombor giliran tapi ianya tidaklah serius seperti yang dilaporkan mereka yang tidak bertanggungjawab di media sosial. Hanya wujud pertengkaran mulut tetapi tidaklah sampai berlaku tumbuk-menumbuk.
MBSJ menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar di WhatApp dan media sosial berhubung pergaduhan besar akibat berebut tapak bazaar Ramadan. Sepatutnya orang ramai jangan mudah terpengaruh dan menyebarkan berita yang tidak betul tanpa usul periksa terlebih dahulu.
"Segala kekecohan yang berlaku dapat diselesai dan ditangani oleh pegawai bertugas", ujarnya lagi.
Zainun berkata, segelintir individu tidak sepatutnya menyalahkan pihak MBSJ kerana tawaran borang pengagihan sudah pun dimaklumkan dari awal sejak 9 Mac lalu.
" Mereka-mereka yang inginkan borang perlulah datang awal dan kami menggunakan sistem siapa datang awal akan dilayan dahulu, " first come first serve",.
Tiada sebarang laporan polis dibuat akibat insiden itu.