nuffnang1

.:)

Sep 7, 2008

Ramadan Ke Tujuh

Salam....hari ni dah masuk hari ke tujuh kita berpuasa...dan cuaca hari ni alhamdulillah dah kembali normal tapi agak mendung cuma hujan jer tak turun..semalam rata-rata dikawasan Seberang Perai dan Pulau Pinang terjadi banjir kilat dan syukur kawasan bazaar ramadan saya terlepas dari banjir kilat.Cuma yang sedih skit kawasan kampung Hutan Nibung tempat saya mendapatkan stok kueh talam terjadi banjir kilat dan kawasan rumah makcik tu tenggelam dek banjir kilat justeru itu hari ni makcik tu tak dapat ler buat kueh talam.... maka hari ni saya hanya jual bihun sup sahaja.

Kebanyakkan peniaga hari ni bercuti sehari kerana kejadian banjir kilat melanda Pulau Pinang dan mereka sibuk membersihkan rumah masing-masing...inilah risiko kebanyakkan kawasan di sini akibat pembangunan yang tidak terancang...

Di sebabkan kurangnya peniaga hari ni ..maka sesiapa yang berniaga sapu bersih hari ni coz stok permintaan makanan kurang dari pembeli maka berpusu-pusu dan berebut-rebut lah mereka nak dapatkan juadah berbuka pada hari ini...Mulai hari ini saya tak akan dedahkan lagi jumlah pendapatan dan simpanan saya ..dan saya akan buat screen shot selepas 28 hari berniaga dan pastinya surprise .

Anda boleh lihat sendiri betapa seronoknya berniaga di bazaar ramadan dan penat lelah akan terubat setelah 28 hari berniaga ......

Jumpa lagi esok..salam

DAPATKAN EBOOK PERCUMA ANDA DISINI SEKARANG

No comments :