nuffnang1

.:)

Sep 11, 2008

Ramadan Ke Sebelas

Salam....bagaimana dengan ibadah puasa anda hari ini....semoga anda terus tabah dan cekal mengharunginya dan hanya tinggal dalam 18 hari lagi sahaja umat Islam akan berpuasa.

Hari ini cuaca normal dan masih lagi sedikit mendung namun tak hujan dan perniagaan saya berjalan macam biasa ..cuma dalam jam 5 ke bawah sedikit perlahan dan mungkin juga faktor cuaca orang ramai keluar lewat untuk mendapatkan juadah berbuka mereka..
tetapi dalam jam 6 petang sudah nampak kelibat manusia yang berduyun-duyun keluar ke bazaar ramadan dan seperti biasa bihunsup dan kueh talam saya menjadi sasaran pelanggan-pelanggan setia.

Hari ini kueh talam tak habis di jual tetapi cuma sedikit jer dalam setengah talam namun keuntungan masih tercatat cam biasa ...

Saya mula pasang lampu lip-lap (Kelip-kelip) he he he kat gerai saya ..dan target saya memang tepat mengenai sasaran apabila pelanggan tertarik untuk menjengah ke gerai saya ....ini pun merupakan salah satu iklan jugak he he he..dan hasilnya cukup berkesan dengan simpanan saya hari ini ke maybank2u melebihi dari hari sebelumnya...rezeki-rezeki.

Anda anda masih perlu berlengah dan teragak-agak untuk memulakan perniagaan offline anda...mulakan langkah pertama anda dengan menimba ilmu terlebih dahulu dan susunkan setiap langkah yang akan anda dahului sebelum memulakan perniagaan anda hari ini juga. Perancangan amat penting dan ilmu juga terlalu penting...walaupun modal perniagaan dipasar malam atau bazaar ramadan tak banyak namun tanpa ilmu mungkin anda akan gagal capai apa yang anda idamkan....

Strategi pemasaran juga penting untuk menarik minat pelanggan menjengah ke gerai anda....jika gerai anda nampak serabut dan tak tersusun , pelanggan akan sakit mata jadi untuk mereka mendekati anda adalah amat jauh sekali di samping masakkan yang sedap, ketrampilan diri anda dan juga pekerja amat penting agar sedap di pandang oleh pelanggan...

DAPATKAN PANDUAN DAN TIP PERNIAGAAN ANDA DISINI SEGERA

2 comments :

Unknown said...

saya pun jual bihun sup juga, tapi kurang laku laaaa... tak tau kenapa. Dah buat macam-macam cara tapi tak berkesan... errmmm nak tukar produk pula laaa...

Aree Tone WoW said...

Salam...mahadzir...kenapa perlu tukar menu...dah berapa anda jual bihunsup...cuba beri secara detail dimana anda jual dan bagaimana cara anda jual ...

Mana tahu saya boleh bantu anda...bihunsup merupakan salah satu menu yang mantap dan memang boleh buat duit..Kalau anda berada di sekitar Pulau Pinang..sila datang ke gerai saya..samada di Pasar Malam atau Bazaar Ramadan...Saya nak tau menu atau ramuan anda kat dalam bihunsup tu...