nuffnang1

.:)

Sep 6, 2008

Ramadan Ke Enam

Salam...hari ini merupakan hari berpuasa yang ke enam....hujan turun cukup lebat dari jam 11 pagi sehingga la sekarang ni dah hampir jam 11 malam. Hujan lebat ni sudah cukup membuatkan kami peniaga Bazaar Ramadan di Bandar Perda ni kecut perut dan jangkaan saya hari ni pasti "KANTOI" kalau hujan tak berhenti...Apa nak buat memang hujan tak berhenti langsung. Apakah jangkaan anda terhadap perniagaan saya? mesti ada yang kata ...sure rugi hari ni!!!

Tetapi penjelasan saya sebaliknya....kueh talam hari ni hampir 4 talam tak habis dijual tapi lompang dan kueh tako...selamat habis dijual. Manakala bihun sup saya pula jatuh menjunam ke paras yang agak teruk...namun saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada regular customer yang memberi support yang cukup hebat dengan perniagaan saya ini....kan saya pernah nyatakan pada anda yang masuk minggu ke dua ni ...pelanggan lebih bijak dalam membuat perhitungan dan pemilihan menu juadah mereka...begitulah terjadinya dengan perniagaan saya hari ini....saya memang mati-mati kata dalam hati yang hari ni saya akan alami kerugian yang teruk tetapi kehendak Allah mengatasi segalanya....

Saya berjaya mendapat keuntungan hari ni dengan kueh cuma RM100 sahaja dan bihunsup sebanyak RM250. Jadi saya dapat simpan dalam maybank2u hari ni RM350... itulah kelebihannya jika kita berniaga di Pasar Malam dan dah ramai yang kenal....hujan atau tidak pelanggan akan tetap datang mencari dan terima kasih sekali lagi kepada pelanggan-pelanggan tetap saya yang sanggup meredah hujan yang lebat semata-mata ingin mendapatkan Bihun Sup Aree Ex Service...

DAPATKAN SEGERA RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA DISINI

No comments :