nuffnang1

.:)

Sep 28, 2008

Ramadan Ke Dua Puluh Lapan

Salam....alhamdulillah saya dah berjaya menyempurnakan misi bazaar ramadan tahun ini dengan berniaga selama 28 hari dan hari ini tamatlah sudah pertempuran saya untuk tahun 2008 dengan bazaar ramadan...

Rata-rata peniaga kebanyakkanya berniaga hari ini adalah hari terakhir buat mereka dan petang tadi selepas berbuka puasa ..saya lihat masing-masing sibuk mengemas barang ...bukanya apa ...barang ni boleh di kemaskan selepas Aidil Fitri nanti sebab khemah masih belum di robohkan tetapi almaklum aje la..bila dah sambut raya dan dah cuti panjang...masing-masing mula ler jadi malas dan termasuk lah diri saya...sebab tu saya terus jer kemaskan malam ni jugak...ala bukannya lama pun ...tak sampai dalam 1 jam pun mengemas...yang ambik masa tu masa nak memasang jer...tu yang lama..

Saya cukup gembira dan bersyukur dengan perniagaan saya pada tahun ni kerana keuntungan yang saya jana melebihi dari target yang saya letakkan dan keuntungan saya pada tahun ini adalah RM18,000.00 dengan keuntungan bersih....duit raya untuk anak buah sure RM150 seorang....mesti mereka senyum simpul ler nanti.....dan pastinya saya akan mengeluarkan zakat buat golongan yang kurang bernasib baik...alhamdulillah....

Di sini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta keampunan dan kemaafan kepada anda semua jika ada silap dan salah saya semasa membuat posting di blog dan juga di forum-forum...sempena Aidil Fitri ini mari lah kita maaf bermaafan dan akhir sekali saya ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri buat seluruh peminat blog Pasar Malam ni dan seluruh umat Islam di Malaysia dan di Dunia....salam..

DAPATKAN EBOOK RAHSIA PASAR MALAM TERBONGKAR DI SINI

No comments :