nuffnang1

.:)

Sep 15, 2008

Ramadan Ke Lima Belas

Salam....apa khabar anda sekarang. Hari ini dah masuk Ramadan Yang ke 15 dan saya harap anda tabah mengharunginya sehingga masuk hari ke 30.

Cuaca hari ni wow boleh tahan, panas terik dan dah lama tak panas macam ni. Suasana di bazaar ramadan sedikit suram pada jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang kerana cuaca panas dan kebanyakkan orang hanya keluar pada jam 6 petang ke atas untuk mendapatkan juadah masing-masing, menyebabkan suasana perniagaan hari ini sedikit suram namun tetap rancak menjelang jam 6.30 petang.

Perniagaan hari ini berlangsung dalam suasana sedikit kelam kabut coz masing-masing nak cepat memandangkan mereka keluar lambat dan tergesa-gesa nak pulang dengan cepat.
Yang menjadi masalah pada jualan bihunsup saya adalah bila orang datang berpusu-pusu macam ni maka pastinya akan "Jem" seketika kerana sorang bubuh sup dan seorang lagi melayan pelanggan jadi pastinya akan tergendala seketika. Jalan alternatif yang saya ambil adalah menyediakan satu lagi senduk untuk menceduk sup dan saya sendiri terpaksa bergerak ke periuk sup dan ke tempat membungkus bihun ...sedikit penat namun saya rasa cukup gembira kerana dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Ok..disini saya ingin umumkan buat pertama kalinya saya view kan untuk anda semua screen shot pendapatan harian saya dengan maybank2u buat tatapan semua untuk menambahkan lagi keyakinan anda yang perniagaan di Pasar malam dan Bazaar Ramadan memang boleh buat duit....anda boleh visit website www.wangpasarmalam.com untuk melihat penyata tersebut....

Jumpa lagi esok....salam

No comments :