nuffnang1

.:)

Sep 18, 2008

Ramadan Ke Lapan Belas

Salam, selamat menyambut ramadan yang ke 18 dan semoga anda tabah dan terus bersemangat menjalankan ibadah puasa yang akan berakhir dalam 12 hari lagi. Bagi kami peniaga-peniaga bazaar ramadan semakin nak habis ramadan semakin bersungguh-sungguh kami cuba sedaya upaya meledakkan perniagaan kami bagi mencapai matlamat mencipta income yang telah kami sasarkan pada awal ramadan.

Dan setakat ni alhamdulillah saya berjaya mencipta income seperti yang saya rancangkan ..dan saya bersyukur pada Allah dengan rezeki yang di limpahkannya dan saya yakin dan pasti yang sasaran saya sebanyak RM17K atau 18K akan tercapai insyallah. Masuk setakat hari ni saya dah berjaya mengumpul sebanyak RM12K bersih setelah di tolak modal dan segala gaji pekerja.

Inilah yang saya katakan bonos pada awal ramadan dahulu dan kini ianya sudah terbukti dengan apa yang saya usahakan dalam tempoh 18 hari berniaga di bazaar ramadan namun saya pasti masih ada di kalangan anda yang masih belum yakin tentang perniagaan ini dan kebanyakkannya masih terus berusaha nak buat duit secara mudah dengan menyertai program-program skim cepat kaya dan hanya nak duduk depan komputer sahaja. Tapi saya rasa itu juga bagus buat anda kerana itulah pilihan anda coz masing-masing ada pandangan sendiri dan ikhtiar sendiri untuk survive dalam mencari sumber pendapatan harian.

Tapi bagi saya...offline adalah lebih baik kerana jika bertambah rajin kita mengusahakannya maka akan bertambah ler pendapatan kita...

Jumpa lagi esok ..salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DAN EBOOK RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA DISINI

No comments :