nuffnang1

.:)

Sep 17, 2008

Ramadan Ke Tujuh Belas

Salam....terima kasih kepada anda peminat setia blog saya dan saya akan berusaha memberikan anda tip dan panduan yang berkesan untuk anda membina kerjaya perniagaan offline anda dengan Pasar Malam atau sekadar sampingan dengan Bazaar Ramadan.

Metaliti yang negatif harus anda kikiskan dari minda anda yang mengatakan perniagaan Pasar Malam sekadar perniagaan picisan yang tidak menguntungkan dan sekadar cukup-cukup makan. Sebenarnya semua ini adalah tanggapan yang total salah seratus peratus sebabnya saya juga seperti anda dahulu dan minda saya juga terjajah bila melihat peniaga pasar malam yang berniaga secara kecil-kecilan dan tanggapan saya rata-rata mereka ini hidup dalam serba kedaifan dan miskin.

Namun setelah saya sendiri menceburi bidang ini dan terlibat secara langsung dan bermula dari bawah dengan secara perlahan - lahan saya berjaya membina nama diantara peniaga-peniaga bihun sup yang terkenal di Seberang Perai ini...apatah lagi perniagaan bazaar ramadan yang sudah cukup sinonim dengan masyarakat setempat yang mengenali diri saya dan setiap tahun mereka akan datang ke Bazaar Ramadan Bandar Perda untuk mendapatkan samada bihunsup gear box atau kueh tepung talam mereka tak kira dalam apa keadaan cuaca sekali pun..pasti mereka akan datang...

Layanan yang mesra patut kita berikan walau dalam keadaan kita tidak bermaya dan letih berpuasa namun pelanggan adalah aset keuntungan kita maka lemparkan senyuman ikhlas dan layan mereka dengan sebaik mungkin dan pastinya anda akan menjadi viral ke mana saja mereka pergi dan nama anda pastinya akan terpahat di setiap bibir pelanggan anda...dan tidak mustahil keenakkan bihunsup anda akan diperturunkan kepada anak cucu mereka atau generasi mereka yang akan datang...dengan ini secara tidak langsung anda akan dapat membina list pelanggan anda ( bukan list opt in he he ).

Demikian lah apa yang berlaku ke atas diri saya yang terlibat selama 14 tahun dengan perniagaan ini dan saya masih mampu mengekalkan tahap kepercayaan pelanggan tanpa mengenal usia dan jantina. Kutukan dan komen dari pelanggan yang tak suka kepada anda juga adalah asam garam dalam perniagaan dan itu merupakan cabaran bagi anda..walaupun mereka sering komlen namun mereka masih tetap datang menikmati keenakkan sup gear box anda...perkara ini juga berlaku kepada diri saya...dan saya tetap menghadapinya dengan penuh semangat dan sentiasa memperbaiki kelazatan ramuan asli atau (OR) bihunsup saya.

Saya juga sedikit rasa terkilan pada sesetengah MODERATOR di forum-forum yang terlalu sensitif dalam memberi pendapat tentang soal-soal perniagaan offline ini dan adakalanya mungkin timbul sedikit perasaan tak puas hati di kalangan mereka bila saya membicarakan soal perniagaan Pasar Malam di forum mereka..dan adakalanya saya sekadar memberi pendapat di section politik..namun di sebabkan perbezaan pendapat saya terus di banned oleh mereka dengan alasan yang tidak kukuh dan remeh temeh...terbaru saya telah di banned oleh MOD di Cari Gold...tak mengapa saya tak kisah ...namun perjuangan saya untuk memberi ilmu dan tip serta panduan perniagaan di Pasar Malam akan tetap juga saya harungi dengan penuh ketabahan dan cekal dan saya anggapkan ini adalah satu cabaran untuk saya membina list di Online ni.....

Jumpa lagi esok...salam

DAPATKAN EBOOK RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA PERCUMA DISINI
Post a Comment