nuffnang1

.:)

Sep 13, 2008

Ramadan Ke Dua Belas

Salam.....bagaimana dengan anda hari ini..semoga sihat dan dapat meneruskan ibadah berpuasa ini..insyaallah...sekarang ni dah lewat jam 12.20 minit pagi tetapi saya harus juga menaip cerita tentang bisnes bazaar ramadan saya buat tatapan anda untuk memenuhi tanggungjawab pada peminat setia disini..

Bagaimana dengan berniaga bihunsup anda akan dapat meningkatkan jualan anda dan menjana trafic yang ramai he he he..macam online ler pulak. Maksud trafic tu adalah pelanggan la. Jangan putus asa jika di awal perniagaan anda tak ramai yang datang membeli . Memang lumrah manusia pada mulanya mereka akan merasa dahulu dan mencuba kali pertama ..samada bihunsup anda betul-betul terangkat ( sedap ler ).Saya dulu pun macam tu jugak bermula dari periuk kecil jer, kemudian upgrade ke periuk sedang dan lama-kelamaan saya gunakan periuk yang paling besar dan dah tak ada lagi saiz yang lebih besar..pokoknya anda perlukan kesabaran untuk meningkat naik setapak demi setapak. Jangan letakkan minda negatif yang bihunsup anda tak sedap tetapi cuba survey dimana kesilapan anda dan cuba selidik apa yang kurang dengan bihunsup anda..

Bila anda sentiasa rajin mencari dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru maka saya pasti bihunsup anda pasti akan meledak dan anda akan jadi macam diri saya...bilamana di bazaar ramadan gerai dikiri kanan anda kosong tetapi gerai anda penuh dengan pelanggan - pelanggan yang beratur dengan sabar nak dapatkan bihunsup anda sehingga tak terlayan anda...he he he...teruskan mencuba dan membuat perubahan dan jangan putus asa....

Jumpa lagi esok..salam

DAPATKAN PANDUAN DAN TIP RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA DISINI
Post a Comment