nuffnang1

.:)

Sep 21, 2008

Ramadan Ke Dua Puluh Satu


Salam....hari dah masuk ramadan ke 21...ada cerita skit hari ni kat Bazaar Ramadan Bandar Perda, ceritanya gini...hari ni ada sedikit perhimpunan atau pun jamuan berbuka puasa yang dianjurkan oleh Rakan Muda se Pulau Pinang.

Yang kecohnya kebanyakkan peniaga dah salah faham, mereka kata yang jamuan makan akan dihidangkan kepada semua pengunjung justeru itu pasti perniagaan hari ini akan merosot so ramai yang tak berniaga hari ni he he he..tapi bagi saya atau peniaga Pasar malam yang cukup berpengalaman dengan perkara-perkara sebegini kami tetap berniaga kerana kami percaya rezeki Allah yang beri dan perniagaan memang berisiko..jadi hari ni perniagaan saya meletup lagi coz ramai yang tak berniaga.

Tanggapan mereka semuanya salah coz jamuan makan hanya dihidangkan kepada tetamu jemputan sahaja dan bukannya pada pengunjung bazaar ramadan..rezeki-rezeki..oleh itu saya bagi nasihat kepada anda ..jangan takut menanggung risiko...

Jumpa lagi esok..salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA SELAGI TAWARAN MASIH ADA

2 comments :

Unknown said...

Boleh atau tidak bihun yang tak habis di jual di gunakan semula esok?

Aree Tone WoW said...

Salam Mahadzir...saya nasihatkan jangan sebab bihun ni bila kita dah masukkan dengan pewarna kuning maka bila di simpan esok ...dan bila kita masukkan sup warna kuning tu akan keluar so ia akan merosakan bihun tersebut...lagi pun modal bihun tak tinggi sangat..dengan paket 5 kilo hanya RM12 sahaja...biar kita keluar modal skit yang penting kualiti kena jaga...

Tapi jika daging, ayam , tulang dan lain-lain tak habis kita boleh simpan dalam peti ais beku dan esok kita masuk semula ke dalam kuah sup dan panaskan ia sehingga mendidih dan pastinya kelazatan dan keenakkan masih seperti sedia kala...anda boleh review semula tentang panduannya dalam ebook tersebut....tq