nuffnang1

.:)

Sep 9, 2008

Ramadan Ke Sembilan

Salam...hari dah 9 hari kita berpuasa dan semakin lama semakin seronok pulak mengharungi ramadan yang mulia ini. Anda bagaimana pulak...gembira tak dalam bulan ramadan ni? saya pasti setiap umat Islam akan rasa gembira dengan kedatangan ramadan ini.

Lebih-lebih lagi kami peniaga di bazaar ramadan kerana bulan ramadan merupakan bulan kami menerima bonos cam gomen ler dapat bonos tetapi atas usaha kami sendiri dan lagi rajin maka bertambah ler dapat bonos he he he..

Kenapa? saya begitu seronok berniaga di bazaar ramadan...jawapannya..sudah pastilah income akan dapat lebih dari hari biasa justeru itu ramailah para peniaga tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan....tetapi kadang-kalanya juga bahaya bagi peniaga sebegini kerana kebiasaannya mereka tidak tahan dengan risiko atau permainan di bazaar ramadan.. jika sehari dua mereka mungkin dapat bertahan tetapi kalau dalam seminggu gagal menjana seperti apa yang di harapkan maka mereka akan putus harapan..ilmu juga penting dalam perniagaan ini walaupun kita mungkin rasa hanya mengeluarkan modal kecil jer dalam RM100 ke RM200 tetapi jika di darab dengan seminggu macam mana pilak tu...justeru itu timba lah ilmu perniagaan ini dan jangan rasakan ilmu kita dah mantap dengan sekadar dah tengok kawan-kawan berniaga kita dah kata ok...

Saya sendiri pun masih lagi belajar walaupun saya dah terlibat dalam perniagaan ni selama 14 tahun namun saya masih lagi mencari-mencari sesuatu yang dapat meledakkan lagi perniagaan bihunsup saya dan saya sentiasa cuba membuat perubahan agar tempat perniagaan saya sentiasa kelihatan menarik dan rasa sup sentiasa sedap dan memuaskan hati pelanggan. Macam kita berniaga di bazaar ramadan ni...pelbagai kerenah pelanggan akan kita hadapi almaklumlah masing-masing nak cepat...tapi sebagai peniaga kita kena sabar dan terpaksalah layan kerenah mereka walaupun kita dalam keadaan penat dan berpuasa sama macam mereka...kalau anda boleh hadir ke tapak bazaar ramadan saya anda boleh lihat sendiri kerenah pelanggan yang berpusu-pusu dan masing-masing berebut-rebut nak dapatkan dulu dan ada kalanya mereka terus datang kepada saya minta order.. ni yang sedikit masalah kerana tugas saya hanya membungkus dan yang melayan pelanggan adalah anak buah saya...setiap menu seperti ayam ,daging, campur dan special telah siap dibungkus dan diletakkan di dalam talam.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kerana petang tadi ada 3 orang customer saya adalah ahli dari CariGold Forum dan mereka datang semata-mata nak dapatkan bihunsup saya dan mereka memuji dan mengatakan yang bihunsup saya ni berpotensi dan boleh pergi jauh lagi...terima kasih atas kata-kata pendorong anda...semoga anda semua yang mengikuti cerita saya ini akan dapat motivasi dan anda kan dapat membina perniagaan anda sendiri suatu hari ini...insyaallah saya akan sentiasa memberi pedoman dari masa kesemasa untuk panduan anda....

jumpa lagi esok...salam

DAPATKAN EBOOK RESIPI SUP GEAR BOX PULAU PINANG YANG TERSOHOR DI SINI

No comments :