nuffnang1

.:)

Sep 23, 2008

Ramadan Ke Dua Puluh Tiga

Salam...hari ni dah masuk ramadan ke 23 dan hanya tinggal 5 hari lagi saja saya akan berniaga di bazaar ramadan...dan target saya dah hampir mencapai sasaran..insyaallah lusa akan dapat ler kot he he ...

Dalam suasana dah hampir nak raya ni ..ramai peniaga yang mengambil kesempatan menjual kain baju dan pelbagai peralatan untuk sambutan hari raya dan yang saya seronok tengoknya semua adalah anak anak muda dari kalangan bangsa melayu dan mereka ni nampaknya memang cukup berpengalaman dan ada profit untuk maju...

Alangkah baiknya jika projek mereka ni diteruskan selepas hari raya dan saya yakin peluang untuk anak bangsa kita berjaya cukup cerah. Petang tadi kerajaan pun dah umumkan untuk memberi pinjaman untuk peniaga-peniaga bazaar ramadan yang berminat nak teruskan perniagaan mereka atau nak kembangkan lagi bisnes mereka ni...so apa tunggu lagi...jom ambik peluang ni...jadikan satu faedah yang cukup hebat untuk kembangkan bisnes anda....

Jumpa lagi esok..salam

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN TIP DAN PANDUAN MUDAH MENJANA WANG

No comments :