Acap kali terdengar suara riuh rendah sekitar jam 4 ke 5 petang bila mana setiap peniaga pasar malam sedang sibuk menurunkan barang...
Kadang kala terdengar suara bising macam nak bergaduh hingga menarik perhatian setiap orang yang lalu lalang dan sahabat peniaga yang lain.
Owhhh ingatkan kes apa! rupanya van atau lori yang sedang menurunkan barang menghalang laluan sahabat lain menyebabkan sesak seketika.
Isu ini hampir setiap minggu berlaku di pasar malam dimana sahaja . Adakalanya tidak dapat dielakkan dan adakalanya sikap peniaga itu sendiri yang sengaja melengah lengahkan masa.
Sebagai contoh peniaga makanan yang sudah siap menurunkan barang tetapi masih belum mengubahkan kenderaan ke parking yang disediakan. Mereka terus setting meja dan lepas setting meja nak letak barang atau kelengkapan masa yang sama justeru itu menyebabkan kesesakkan berlaku dan menimbulkan kemarahan sahabat lain.
Sepatutnya cara yang terbaik selepas turunkan barang, eloklah dipindahkan kenderaan ke tempat parking dahulu untuk elakkan kesesakkan pada peniaga yang lain untuk lalu ke tapak perniagaan mereka.
Perihatinlah pada peniaga lain kerana mereka yang lain pun nak turunkan barang juga dan jangan kerana anda yang tidak sensitif boleh menyebabkan pertikaian lidah atau pergaduhan berlaku, fikir fikirkan ya sahabat sahabat...
No comments :
Post a Comment