Dot.com Jadi Dot.My
Salam dan selamat sejahtera. Mungkin buat sesetengah orang ini isu lama dan dah lapuk tapi bagi ianya masih baru dan sedikit sebanyak menpengaruhi emosi dalam berblogging.
Mulanya saya memang tak ambik pot sangat sebab masa tu saya kurang berblog kerana kekangan masa nak balik buka laptop. Tetapi kini dengan kemudahan adanya android memudahkan saya kembali aktif dalam dunia blogging.
Stat Kaunter saya sendiri menunjukkan kekurangan visitor dari luar negara disebabkan dotmy hanya memaparkan dalam negara sahaja dan lain lah kalau orang itu memang dah bookmark blog saya.
Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan akhirnya terjumpa sebuah blog tutorial bagaimana untuk mengembalikan dotcom.
Dalam jam 1 pagi tadi dengan penuh semangat dan motivasi yang cukup tinggi hehehehe, saya pun copy paste kod html yang diberikan kedalam templete kemudian " save". Dengan penuh harapan saya pun buka semula Url blog-blog saya dan ketika itu segalanya berjalan dengan lancar semua blog dah pamerkan dotcom.
Setengah jam kemudian saya buka sekali lagi Url semua blog saya tapi menyedihkan 2 dari blog saya tak dapat dijejaki oleh google search dan yang dipamerkan di skreen adalah " error 404 " sedihnya dan saya sedikit cemas langsung mata tak boleh lelap sampailah jam 3 pagi. Saya pun tak tahu kenpa sedangkan 2 blog lagi ok je....
Saya cuba buka setiap blog tersebut dilaman fb, whataps dan link yang telah saya pautkan namun masih lagi " error".
Saya terfikir mungkin ambik sedikit masa untuk " crawler", google bertindak tetapi sehingga jam 8 pagi tadi masih lagi gagal.
Blog sukan saya yang sangat-sangat saya sayangi huwaaaaaaaa, cam na nak buat...sapa sapa boleh tolong saya !!!!
6 comments :
Mmg perasan lama dah, blog dah bertukar ke .my. Ohhh baru tau akibat penukaran tu, kalau tak, sampai sudah saya tak tau.
Sorry le mmg tak dpt tolong, sebab saya ni kategori buta IT gak
Saya pun buta IT juga..
Tak dapat nak menolong..
Yang lebih teruk lagi..
Saya langsung tak perasan blog dah bertukar ke .my. tu..
Hentam jer saya menaip diblog tanpa ambil tahu sebarang pertukara :)
Hehehe...tak apa tkasih banyak banyak...insha allah saya akan usahakan hingga berjaya...
Mmmmm tu la...nak buat cam na kan...saborrrr je la hehehe...apa pun saya akan usaha sampai berjaya..dok cari blog otai otai yg bley bantu..
Mmmmm tu la...nak buat cam na kan...saborrrr je la hehehe...apa pun saya akan usaha sampai berjaya..dok cari blog otai otai yg bley bantu..
Hehehe...tak apa tkasih banyak banyak...insha allah saya akan usahakan hingga berjaya...
Post a Comment