Nasi Dagang dan Nasi Kerabu idaman Pengunjung Pasar Malam Pulau Pinang
Jam menunjukan 1.11 pagi, waktu dinihari semua orang dah diulit mimpi indah tapi saya masih belum tidur, banyak tugasan harus diselesaikan tambahan plak Mem outstation Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk siapkan buku text ....jadi malam ni tidur sorang le hahahaa...
Sambil menyelak akhbar teringat pula sahabat saya yang menjual nasi kerabu. Mmmm apa lagi dengan pantasnya saya capai telefon terus menaip dengan lajunya, idea datang mencurah-curah macam air hujan je hehehehe...
Pagi-pagi ni jom saya bawa anda ke pasar malam Taman Pauh, hadapan Politeknik S.Perai. Sebuah pasar malam yang tersohor dan tersenarai dalam carian google rangking pertama.
Kalau 7 tahun yang lalu, sebut saja nasi kerabu, nasi dagang atau seangkatan denganya pasti dalam minda kita teringat Negeri Kelantan dengan nasi yang berisikan seketul ikan tonggkol. Saya pernah menikmati nasi kerabu pertama kali dalam hidup semasa dalam TUDM dulu dan ketika itu ditugaskan di Gong Badak.
Saya perkenalkan sahabat saya yang bernama Nizam dan isteri beliau Ros, isteri beliau berasal dari Kelantan justeru itulah beliau mahir dalam menyediakan nasi Kerabu "Original Made", Kelantan mari.
Memang tidak dinafikan sekarang ini sambutan terhadap nasi kerabu memang hebat dan sudah menjadi satu budaya bagi Orang Penang sendiri membelinya. Pasar malam Taman Pauh memang terkenal dengan pelajar-pelajar yang majoriti berasal dari Pantai Timur maka meletopppp lah jualan nasi kerabu sahabat saya ini.
Seawal jam 4 petang beliau tiba ke tapak perniagaan, beliau mampu menjual sehingga 50 bungkus hanya 2 jam, itu belum masuk malam lagi dan saya difahamkan di Taman Pauh penyediaan nasi sehingga 5 tong besar.. 1 tong nasi boleh dimakan 100 orang dan kalau 5 tong besar, anda darablah sendiri..
Perniagaan nasi memang cukup menguntungkan sebab harga boleh diselaraskan oleh kita sendiri dan berbeza dengan harga Kebab, Roti John, Murtabak dan bihunsup yang sudah ditetapkan.
Sambutan terhadap nasi kerabu/dagang Nizam memang menakjubkan sekali, walaupun terdapat 5 peniaga lain menjual nasi dagang namun pelanggan tetap berpusu-pusu kepada Nizam, sehingga beliau terpaksa menggajikan 2 orang pekerja dari sini khas membungkus sahaja. Memang tak dinafikan nasi dagang dan nasi kerabu saudara Nizam tiada tolok bandingnya dengan peniaga lain sebab saya sendiri pernah merasainya.......
Dan saya juga adalah pelanggan tetap nasi tomato beliau setiap hari selasa di pasar malam Taman Janggus, Alma, Bukit Mertajam. Pelajar-pelajar dari Uitm dan politeknik pernah berkata kepada saya, " saya sanggup tak makan petang bang, sebab nak beli nasi kerabu kak Ros. Sedap betul la bang, macam nak makan hari-hari ja bang". Ha anda fikir la sendiri kalau dah pelajar dan " regular customer", yang bercakap pastinya sedapppppp...
Tambahan pula saudara Nizam tidak pernah lokek memberi senyuman dan layanan mesra yang diberikan kepada pelanggan menambahkan lagi kelarisan makanan jualan beliau. Kalau anda tak kenal saudara Nizam...nuuu dalam gambar diatas yang memakai ketayap dan berjanggut, disebelah beliau adalah pembantu setia , Abg Ngah.
Selain Nasi dagang dan nasi kerabu beliau juga menjual nasi tomato yang saya ceritakan tadi, saya memang tak pernah terlepas setip hari selasa.
Sikap ramah tamah dan mesra amat disenangi kawan-kawan dan pelanggan yang tak putus-putus di gerai beliau.....kalau anda belum pernah merasai keenakan nasi dagang, nasi kerabu atau nasi ayam saudara Nizam, pastikan temujanji anda di pasar malam yang beliau berniaga dan anda boleh datang ke Pasar Malam Taman Janggus, Alma selasa nanti..
No comments :
Post a Comment