nuffnang1

.:)

Feb 18, 2016

Ada Yang Selekeh - Jagalah Kebersihan

Entry kali ini saya ingin membicarakan soal kebersihan terhadap peniaga pasar malam yang selalu diperkata dan dipertikaikan oleh rakan-rakan pasar malam dan juga pelanggan-pelanggan .

Kerap-kali jugaklah isu ni dibualkan kami tentang sikap sesetengah peniaga dan pekerja mereka. Bukan kita nak cantik atau berpakaian hebat semasa berniaga kerana sememangnya kita peniaga pasar malam sepanjang berniaga pastinya akan sentiasa berpeluh akibat cuaca panas dan kadang-kadang basah kuyup akibat hujan lebat.

Maksud bersih adalah dari segi penampilan diri kita dan juga pekerja-pekerja. Disamping tempat berniaga dan juga kelengkapan perniagaan yang disusun rapi yakni sedap mata memandang, barulah pelanggan tergerak hati untuk mendapatkan menu jualan kita.

Ada ketikanya teguran dari kawan-kawan sepatutnya kita terima dengan hati terbuka dan bukanya mempertikaikan nasihat kawan-kawan. Mungkin kita sendiri tidak nampak kelemahan diri sendiri dan kecacatan pada perniagaan kita.

Saya sendiri suatu ketika pernah ditegur oleh kawan-kawan perihal air yang di buat tawar dan kurang pekat, saya ambil nasihat tersebut dengan hati yang terbuka dan membuat perubahan so tak lah menjadi masalah sangat kan kalau perkara yang ditegur betul dan benar.

Tidak perlulah kita melenting atau bermasam muka dengan kawan-kawan atau pelanggan yang menegur, sepatutnya terima dengan sewajarnya. Tapi sebelum itu siasatlah dahulu bukan kalau perkara tidak diterima bulat-bulat.

Lagi satu soal pekerja yang kita gajikan. Sebagai majikan seharusnya kita sentiasa perhatikan mereka, bagaimana sikap mereka semasa sedang berurusan dengan pelanggan. Adakah mereka melayan pelanggan sebagaimana anda melayan pelanggan. Kalau sikap mereka sebaliknya maka tegurlah secara berhemah dan jangan memaki hamun sesedap mulut sebab mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Kalau nak ditegur panggil ke belakang dan jangan sekali-kali ditegur hadapan pelanggan.

Semoga apa yang saya paparkan menjadi ikhtibar buat semua peniaga termasuk saya sendiri kerana kita sebagai manusia ini khilaf dan tak lari dari melakukan kesilapan.

Pokoknya kita mahu berubah dan ingin berubah. Insha Allah segalanya akan membuatkan kita lebih gembira dan pastinya menambah pelanggan serta pendapatan kita di Pasar Malam akan meninggkat berganda-ganda.

EBOOK PANDUAN ANDA BERNIAGA DIPASAR MALAM DISINI

No comments :