Pembantu Anda Aset Paling Berharga
Siapakah sebenarnya yang memberi pendapatan kepada anda sebagai Tauke pasar malam dan rezeki yang Allah berikan itu sebenarnya diusahakan oleh siapa?
Persoalan yang mempunyai pelbagai jawapan oleh anda dan sahabat-sahabat yang lain. Kenapa pekerja pasar malam yang bersama anda kadang-kadang tak sampai seminggu bekerja dah lari ataupun terus menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Tahukah anda, kenapakah pekerja kita di pasar malam merupakan aset yang sangat berharga sebagai penjana pendapatan harian anda! entri kali ini saya ingin mengajak anda berbicara soal kebajikan pekerja di pasar malam khasnya dan lain-lain tempat amnya. Tanpa mereka siapalah kita dan bagaimana untuk kita meneruskan perniagaan. Bagi yang tidak menggunakan pekerja tidak menjadi masalah tetapi masalah akan timbul bila anda ada urusan sewaktu petang semasa pasar malam sedang beroperasi......
Bagi pendapat saya, tanpa pekerja saya akan sukar melaksanakan urusan perniagaan kerana perniagaan saya memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang pekerja. Setiap dari mereka mempunyai tugas masing-masing, samada membancuh air, memotong daging, membasuh mangkok dan membungkus bihun.
Janganlah kita mengganggap mereka sebagai " KULI" kerana ayat tersebut bagi saya ayat yang cukup kurang sopan. Layanlah pekerja kita seumpama anak-anak atau saudara mara kerana mereka sentiasa disisi kita sepanjang perniagaan sedang berlangsung.
$$$ Bayaran Yang Setimpal $$$
###Sepatut atau Wajib Diberikan###
Sentiasa ucapkan terima kasih kepada mereka selepas selesai perniagaan kita pada malam itu, dan saya rasa ianya tidaklah sukar kerana kita hanya mempunyai pekerja yang "Limited", bukannya syarikat besar yang mempunyai pekerja hingga ratusan orang dan "Boss" sukar dilihat kerana kekangan masa.
Bila mana anda mempunyai sesuatu urusan pada waktu perniagaan anda boleh tinggalkan kepada mereka untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah diatur. Saya sendiri jika ada kenduri kahwin atau Perlawawanan bolasepak saya akan serahkan kepada mereka "bulat-bulat" untuk melaksanakan perniagaan hari itu.
Ini lah wajah pekerja-pekerja yang amat saya sayanggi sejak dari dahulu lagi....tanpa mereka siapalah saya...
No comments :
Post a Comment