nuffnang1

.:)

Feb 29, 2016

Mee Goreng Paling Sedap Di Pasar Malam Pulau Pinang

Mee, Koeteow, Bihun dan Nasi Goreng Tersedap di Pasar Malam Taman Sunyi...




 Wajahnya sentiasa tersenyum girang dan berperawakan periang serta banyak ilmu dunia dan akhirat, walaupun usia masih muda namun kejayaan beliau dalam perniagaan pasar malam amat saya hormati dan menjadi bualan rakan-rakan kerana sikap rajin yang ditunjukan beliau sukar diperolehi pada generasi muda sekarang.

Ingin saya perkenalkan kepada anda semua, seorang anak muda yang bernama Aliff dan mempunyai perniagaan Mee, bihun, maggi, nasi goreng dan pelbagai menu bergoreng yang cukup hebat dan mendapat sambutan dari pelbagai kaum .

Hari ini saya akan bawa anda berkunjung ke Bandar Bukit Mertajam, sebuah Bandar yang amat terkenal dan kita menuju lebih jauh ke Alma juga bawah jajahan Bukit Mertajam. Pasar malam setiap hari Rabu yang beroperasi disini iaitu Taman Stream ( Stream Garden), atau Taman Sunyi. Kalau anda lalu mengikut Sekolah Sains Tun Syed Sheikh atau Sekolah Menengah Jalan Damai anda boleh bertemu dengan papan tanda " Taman Sunyi" dan ianya sekadar nama sahaja sunyi .

Alif telah memulakan perniagaan ini sejak berbelas tahun yang lalu bersama orang tuannya yang kini telah diambil alih sepenuhnya oleh Alif. Menu warisan yang diperolehi oleh Alif dalam menyediakan ramuan dan kelengkapan memasak sesungguhnya amat berbeza dari kelengkapan yang dapat kita lihat pada kedai-kedai makan atau peniaga pasar malam lain.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah kelainannya dan keistemewaan Mee goreng Alif. Tahukah anda Mee goreng Alif setiap hari rabu seorang Tauke Cina sebuah syarikat menempah sebanyak 50 bungkus . Tauke tersebut akan menjamu kepada pekerja-pekerjanya dengan mee goreng Alif.

Begitu juga dengan lokasi-lokasi pasar malam Alif yang lain, beliau sentiasa sibuk melayan pelanggan...dan menggoreng tanpa henti-henti. Kalau nak berborak dengan Alif kena la tunggu sampai habis beliau menggoreng sekitar jam 9.40 malam. Saya sendiri pun merupakan pelanggan tetap maggi goreng Alif, Cili jerok yang disediakan Alif, wowww cukup hebat dan tak pernah saya merasai kehebatan cili jerok sesedap itu.


Sentiasa tersenyum girang melayan pelanggan


Lihatlah betapa sedapnya menu gorengan Alif, terliooorrr wooo


Dengan sikap Alif yang ramah dan mesra membuatkan pelanggan lebih tertarik, senyuman manis sentiasa terukir diwajah beliau. Anak muda yang penuh dengan ilmu yang diperturunkan Orang Tua beliau kini mampu mempunyai pelbagai kemudahan diusia yang begitu muda, motivasi dan jati diri yang tinggi telah meledakkan perniagaan Alif dikenali ramai dan sentiasa menjadi buruan disetiap pasar malam yang Alif berniaga.


Lihatlah betapa enaknya Mee Goreng dibungkus


Sikapnya amat disenangi oleh kami peniaga-peniaga pasar malam kerana beliau tidak pernah menyakitkan hati sesiapa dan sentiasa merendah diri, sifatnya yang begitu menambahkan lagi rezeki beliau di pasar malam. Kalau anda belum pernah menikmati menu jualan Alif sesungguhnya anda dalam kerugian. Mee Goreng paling meletooppp di pasar malam dan tak mungkin anda dapati di warong-warong atau kedai makan.

Jadi apa yang anda tunggu lagi, setkan masa anda berkunjung ke pasar malam Taman Sunyi hari rabu nanti dan bertemu sendiri dengan Alif, jom ke pasar malam.

No comments :