nuffnang1

.:)

Feb 29, 2016

Cara Mudah Buat Blog

Panduan Dan Cara Mudah Buat Blog Khas Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat semua. Tajuk posting hari ini sengaja saya tulis khas buat sahabat-sahabat pasar malam yang ingin menjadi seorang blogger sebab malam tadi semasa sedang kami borak-borak Haji Murtabak ada bertanya kepada saya macam mana nak buat blog Aree.

Sedikit sebanyak telah pun saya terangkan kepada beliau semalam dan tanpa praktikal dan hanya teori susah bagi beliau memahaminya. Saya amat-amat mengalakan kepada peniaga pasar malam mempunyai sekurang-kurangnya 1 blog untuk barang perniagaan mereka untuk di promosikan.

Secara umumnya tidak sukar untuk membuat sebuah blog dan menjadikan anda seorang bloggger part time, blog lebih mudah dibandingkan dengan website yang sangat sukar dan berbayar sedangkan blog hanya percuma, saya ulangi percuma sahaja dan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Gergasi Google.
Sebelum memulakan membuat blog anda perlulah mempunyai akaun dengan google iaitu emel dan mendaftar akaun gmail. Cara mendaftarnya adalah mudah sekali dan percuma .

And boleh melihat gambar-gambar yang telah saya sediakan sebagai panduan hanya perlu taip di brower, buat blog atau " create blog", kemudian anda akan dibawa ke setiap langkah demi langkah bagaimana mengisi biodata diri anda pada ruangan yang disediakan. Jangan takut mengisi ruangan itu sebab bukan anda diminta isi akaun bank hehehe.
Paparan berupa " create your blog now", akan kelihatan dan anda yang belum punya blog hanya perlu klik pada icon " New Blog".

Sila masukkan "Nama Blog" anda dan contoh blog saya " Realestet" sebagai tajuk blog anda...contoh realestet.blogspot.com ianya akan menjadi alamat /url ke blog anda.Kemudian jika tertera " this blog address is available", ini bererti alamat/url itu masih belum digunakan orang lain. Saya sarankan anda menamakan blog anda dengan seringkas mungkin agar mudah diingati dan sesuai dengan kandungan isi nanti serta mudah kepada orang semasa berkongsi nanti. Amaran saya jangan gunakan nama yang susah atau panjang.
Anda akan dapat melihat beberapa templete(baju), " simple" sebagai templete blog anda dan pilih yang paling simple atau mudah. Kemudian Klik " Create Blog".

Sekarang ini blog anda sudah siap dan anda boleh la mula menulis dan menerbitkan apa sahaja berita berkaitan perniagaan anda.

Diharap anda mendapat manafaat daripada penulisan saya ini....semoga anda berjaya, insha allah..

No comments :