nuffnang1

.:)

Feb 9, 2016

Bahang Liga Malaysia Hangat Di Pasar Malam

Menjelang sepak mula Liga Malaysia yang akan bermula 13hb Feb 2016 ini juga hangat di perkatakan di Pasar Malam.

Peniaga peniaga Pasar Malam juga macam orang lain juga, punya minat dan hobi dalam sukan dan ramai juga jaguh jaguh sukan mulanya adalah peniaga Pasar Malam.

Masing masing mempunyai pasukan sendiri dan penyokong tegar bagi negeri masing masing. Kami disini ramai peniaga yang berasal dari Pulau Pinang sendiri dan ada juga yang berasal dari Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu dan lain lain negeri.

Bila tibanya liga Malaysia masing masing akan bertikam lidah bagi menyatakan pasukan masing masing adalah yang terbaik. Namun semuanya berlangsung dalam suasana harmoni dan setia kawan. Tiada pergaduhan disebabkan bolasepak.

Minat minat begini memeriahkan lagi bolasepak Malaysia samada Liga FAM, Liga Perdana dan liga Super....tambahan pulak tahun ini Pulau Pinang dan Kedah layak ke Liga Super..Hariaaaaa Penang Hariaaaaaa...Pulunnnnn Kedah Pulunnnnn.

PASAR MALAM AMAT MENGUNTUNGKAN JOM NEGA

Post a Comment