nuffnang1

.:)

Feb 2, 2016

Kepanasan Melampau Di Pasar Malam

Rata-rata peniaga pasar malam akan bergerak ke lokasi pasar malam sekitar jam 3 petang dan ada juga jam 2 petang . Semuanya bergantung kepada jarak pasar malam dari rumah mereka.

Sewaktu tiba ke lokasi memang waktu begini matahari memang terpacak betul betul atas kepala dan bahang panas memang benar-benar terasa peritnya.

Minggu lepas terdapat berita dari Penang Port seseorang telah jatuh pengsan lalu meninggal dunia akibat " Dehydration" , iaitu kekurangan air dalam badan menyebabkan kepanasan melampau.

Oleh itu nasihat saya kepada kawan-kawan seangkatan, banyakkan minum air. Belilah air mineral kotak kecil 500ml hanya berharga sekitar RM7 sahaja dan terdapat 24 botol didalamnya.

Nasihatkan kepada pekerja kita agar minum banyak air untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku....

ANDA NAK NEGA DIPASAR MALAM TAPI TIDAK TAHU CARANYA, JOM KAMI LATIH HINGGA ANDA MAHIR DISINI

No comments :