nuffnang1

.:)

Feb 13, 2016

Pulau Pinang- Pasar Malam 1 Malaysia Yang Paling Harmoni

                                  
Mungkin ramai orang luar dari Pulau Pinang tidak faham atau kurang pendedahan tentang masyarakat Negeri Pulau Pinang yang mempunyai pelbilang keturunan .
Kehidupan orang Pulau Pinang atau jolokkan Pulau Mutiara ( Pearl Of The Orient ) ini mempunyai banyak keistemewaan yang tersendiri dan tidak terdapat di negeri lain di Malaysia.
Di negeri lain mungkin peniaga pasar malam hanya terdiri dari bangsa Melayu sahaja kerana populasi penduduk hanya ramai Melayu.
Jadi tidak hairanlah jika masyarakat negeri lain menganggap Melayu hanya mampu berniaga di Pasar Malam seperti yang di viralkan di fb dan media media sosial. Kalau anda tidak pernah ke Pulau Pinang, dengan hormatnya saya mempelawa anda melancong ke Negeri kami yang amat kami cintai dan jangan lupa ke Pasar Malam malam.
Di sini kami bangsa Melayu, Cina dan India sama sama mencari rezeki di pasar malam dan berkongsi tapak sebelah menyebelah. Kami bertolak ansur satu sama lain kerana kami yakin akan perpaduan kaum yang sudah kami jalinkan sejak dibangku sekolah lagi.
Yang anda dengar adalah tidak benar sama sekali, mereka mereka yang mengatakan Pasar Malam hanya Melayu yang berniaga sebenarnya golongan ini cetek ilmu dan pengalaman melancong jadi sebaiknya elok diam diam sahaja.
Pasar Malam yang paling harmoni yang penuh dengan perpaduan kaum adalah Pasar Malam Pulau Pinang..kalau anda tidak yakin bolehlah berhubung dengan saya. Besar tapak tangan nyiru saya tadahkan untuk meluangkan sedikit masa membawa anda beriadah disekitar Pasar Malam S.Perai dan Pulau Pinang.

No comments :