nuffnang1

.:)

Feb 4, 2016

Pastikan Anda Cuci Tangan Selepas Buang Air Kecil


Kadang kala keinginan untuk melepaskan hajat datang secara tiba tiba tanpa dirancang atau diduga hehehhe...

Maksud atau hajat yang saya perkatakan adalah ingin membuang air kecil atau air besar. Sering saja berlaku kepada mana mana peniaga pasar malam tiap kali sedang berniaga.

Kalau nak buang air besar terpaksa suka atau tidak mencari tandas yang disediakan pihak penganjur atau pun ke pam minyak yang berdekatan dan ini tidak menjadi masalah sangat.

Yang menjadi sukar adalah bila teringin membuang air kecil yakni nak kencing. Soal kencing mungkin dipandang remeh oleh sesetengah orang, dimana saja boleh kencing, asalkan kawasan bertutup dan jauh dari pandangan orang.

Namun soal yang kecil beginilah sikap acuh tak acuh sentiasa diperhatikan oleh rakan pasar malam setiap kali kita bergerak untuk melepaskan hajat...apa salahnya bawa sedikit air dan letakkan dalam bungkus plastik untuk kita cuci " ANU", selepas kencing dan ini lebih bersih. Ingat lah kawan kawan dipasar malam sentiasa perhatikan anda....dan mungkin mereka sedang perkatakan perihal anda kencing tak basuh....

TAHUKAN ANDA BERAPA PENDAPATAN PENIAGA PASAR MALAM, JOM KITA LIHAT DISINI

No comments :