nuffnang1

.:)

Feb 3, 2016

Peniaga Dan Penjaja Pasar Malam DBKL diberi Kanopi Percuma

Kanopi Percuma Kepada Peniaga Dan Penjaja Pasar Malam Dalam KL

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Semua peniaga dan penjaja pasar malam berdaftar di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menerima kanopi seragam percuma daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato' Dr. Loga Balan Mohan dalam satu sesi dialog bersama persatuan pasar malam Kuala Lumpur pagi tadi.

Selain kemudahan kanopi, kemudahan seperti meja, alas meja dan apron seragam DBKL akan diberikan secara percuma kepada semua peniaga pasar malam di sekitar ibu negara.

Jelas Dato' Dr. Loga, perkara itu diputuskan setelah mendengar keluhan daripada pihak persatuan berkenaan masalah dihadapi peniaga-peniaga pasar malam untuk membeli kanopi yang dikatakan agak membebankan mereka daripada segi kewangan.

Ia merupakan salah satu inisiatif DBKL dalam menjayakan Program Transformasi Pasar Malam Kuala Lumpur yang turut menggariskan aspek penyelenggaraan kebersihan tapak pasar malam dan pengurusan pasar malam yang lebih efisyen.

Perkara itu akan dibawa ke meja rundingan bersama DBKL dalam tempoh dua minggu ini dan keputusan pelaksanaan itu dijangka berkuat kuasa pada bulan Mac depan. - Sharini Abdulah(WD MY)

BAGAIMANA ANDA INGIN BERNIAGA DI
PASAR MALAM, PANDUAN DISINI

Post a Comment