Pernahkah anda alami tajuk entry diatas dalam pelbagai sudut pengertian yang boleh kita terjemahkan. Terpulang pada keadaan dan situasi dimana ianya berlaku.
Petang semalam semasa kami sedang setup peralatan perniagaan secara tiba-tiba frame untuk meletak daging, ayam dan bihun jatuh dan menyebabkan cermin hadapan pecah berkecai. Saya sama sekali tidak menyalahkan anak buah kerana keadaan frame tersebut sememangnya sudah uzur dan berusia 18 tahun.
Pernah dulu cermin hadapan pecah dan masih boleh dibaiki kerana aloi yang memegang cermin masih kukuh tetapi kes semalam memang tak boleh diselamatkan lagi dan saya boleh terima akibat keuzuran frame tersebut.
Apa yang ingin saya sampaikan dalam entry ini adalah sifat pekerja kedai frame tersebut yang memandai-mandai berlagak seolah mereka la tauke. Pagi tadi semasa ke kedai yang buat frame, tauke kedai tiada dan yang ada hanyalah 2 pekerja. Bila saya tanya boleh baiki atau tidak mereka bercakap seolah mempersendakan saya. " Inilah sudah losak talak boleh bikin sambil ketawa" . Saya cakap kalau tak boleh baiki buat baru la.
" Mau bikin balu mahai looooo", adoiiiii banyak cakap la plak. Saya tanya boleh siap tak petang ni kalau buat baru," talak boleh siap la , kita olang kelija talak cikup minggu depan balu boleh siap...saya pun cakap tak apa la...nah ambik no talipon kasi sama lu punya tauke.
Sejam kemudian tauke kedai talipon saya dan dengan manisnya bertanya" Tauke U mau repair atau mau bikin baru , kalau mau repair pun boleh, kalau mahu bikin baru RM150. Ayat mudah yang digunakan pemilik kedai tersebut dan saya setuju buat baharu.
Jam 3.30 tadi Tauke kedai frame tersebut call dan bagitau dah siap. Saya agak terkejut sebab cepat siap berbanding apa yang dimaklumkan pekerja beliau.
Jadi pengajaran disini apa yang terbaik kita lakukan adalah, lebih baik berurusan terus dengan tuan punya kedai kerana pekerja adakalanya lebih kuah dari sudu...
EBOOK PANDUAN UTK ANDA JANA DUIT DIPASAR MALAM DISINI
No comments :
Post a Comment