nuffnang1

.:)

Feb 1, 2016

Renew Lesen PBT- MPSP

2016 kini sudah pun melangkau ke bulan Februari. Bila masuk tahun baru segala-galanya pasti sudah tamat tarikh luput dan perlu diperbaharui.

Lesen kenderaan, lesen perniagaan dan pelbagai lesen lagi.

Disini suka saya mengingatkan kepada anda semua, Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan akan bertindak keatas mana mana premis yang berniaga tanpa lesen yang sah atau pun premis perniagaan mereka disewakan kepada warga asing.

Peniaga Pasar Malam juga tidak terlepas dari tindakan penguatkuasaan undang undang. Pasar Malam juga perlu ada lesen dan lesen ini dikeluarkan oleh PBT tempat masing masing.

Kawasan saya berniaga adalah di Daerah Seberang Perai dan lesen dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai. Lesen Pasar Malam disini hanyalah RM30 sahaja dan anda boleh renew sehingga 3 tahun dengan hanya RM90 sahaja.

Beringat ingatlah sebelum terkena, cepat cepat hidupkan lesen yang telah tamat tempoh sah laku.

KAMI LATIH ANDA HINGGA BERJAYA DENGAN EBOOK PASAR MALAM INI

No comments :