nuffnang1

.:)

Feb 7, 2016

Tahun Baru Cina Meriahnya di Pasar Malam Mengkuang Titi

Esok seluruh masyarakat Cina di Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina 2016.
Kemeriahannya terasa di mana sahaja.

Acara bila tibanya musim perayaan masing masing sibuk nak balik kampung. Jalanraya penuh sesak dengan kenderaan berpusu pusu begitu juga dengan stesen stesen bas express.

Peniaga dan pengunjung pasar malam juga tidak terkecuali ingin menyambut suasana perayaan ini yang cukup meriah.

Sebentar tadi di Pasar Malam Mengkuang Titi lokasi kami berniaga adalah berhadapan dengan rumah keluarga Cina.

Sekitar jam 8.30 malam pengunjung digerai saya penuh sesak dan tidak semena mena kami dikejutkan dengan dentuman kuat tembakkan bunga api yang cukup cantik, ianya berlangsung hampir 20 minit dengan penuh warna warni seperti gambar di bawah..

Seluruh warga pasar malam dan pengunjung amat teruja dan kedengaran suara dari seorang pelanggan saya " Tak payah la kita pi sampai Penang nak tengok bunga api, kat sini pun ada free lagi", terus disusuli gelak tawa kawan kawan beliau....meriah sungguh hehehe..

PASAR MALAM LUBUK DUIT JOM KAMI AJAR ANDA HINGGA BERJAYA DISINI

No comments :