nuffnang1

.:)

Aug 29, 2008

Kerenah Pekerja

Salam...apa khabar sahabat pembaca sekalian ..semoga sihat walafiat..

Semalam pekerja saya mengadu kepada saya yang motosikal dia dah rosak dan nak repair pun tak berbaloi katanya sebab kos tu tinggi . Bila sorang mai mengadu maka mai pulak sorang lagi mengadu kata motor dia pun alami masalah yang sama gak..

Sebagai seorang majikan yang prahatin dan saya memandang jauh kehadapan maka saya pun beli kat mereka ni motor baru....yang sorang tu nak EX 5 Dream warna Maroon dan sorang lagi nak motor Panther...

Saya pun bawa mereka kat kedai suruh pilih...insyaallah hari ni boleh keluar sebab proses pendaftaran JPJ semalam dah hampir siap....

Satu panduan terbaik untuk anda disini..anda juga boleh berbuat demikian pada pekerja anda jika anda mampu. Dengan cara ini pekerja anda akan lebih menghormati anda dan pastinya mereka akan terus bekerja dengan anda dalam tempoh masa yang lama.

Anda tak perlu takut kerana nama di Gran Motor tu letakkan nama anda dan buat potongan bulanan sebanyak RM100 sebulan dan buatkan resit bayaran, cuma anda hanya ambil harga sebenarnya sahaja dan jangan ambil duit bunga macam kat kedai tu. Macam EX 5 tu harga on road adalah RM3,600 sahaja..jadi anda buat pemotongan hanya untuk RM3,600 sahaja...kalau kat kedai sure lebih lagi..sudah pastinya anak buah anda akan gembira justeru itu mereka akan terus bekerja dengan anda lagi tanpa sebarang rungutan..

DAPATKAN RAHSIA RESIPI SUP GEAR BOX ANDA PERCUMA DISINI

No comments :