nuffnang1

.:)

Aug 28, 2008

Hanya Tinggal 5 hari Lagi

Salam...hanya tinggal lebih kurang 5 hari saja lagi seluruh umat Islam akan berpuasa dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seluruh Dunia..semoga Ramadan tahun ini akan lebih membawa rahmat dan berkat serta kesejahteraan kepada kita semua..

Segala urusan tapak Bazaar Ramadan dan urusan mendapatkan menu tambahan ..telah saya laksanakan dengan baik sekali dan segala susun atur untuk kerja-kerja anak buah saya telah saya setkan dan masing-masing faham akan tugasan yang di berikan..

Cara susun atur penugasan anak buah saya adalah seperti...potong daging dan kelengkapan bihun saya letakkan sorang...bungkus sup.. saya letakkan sorang dan layan customer saya letakkan sorang...saya sendiri pulak ditugaskan untuk membungkus bihun dan disusun mengikut menu dalam tray bagi memudahkan pelanggan memilih..diantaranya seperti bihun biasa, campur, special, ayam, tulang, kelempung dan gear box.

Untuk menu tambahan seperti kueh talam, kueh tako dan air musofa zafaran saya letakkan 2 orang sebab kerja ni tak sibuk sangat...

Bayaran gaji pula saya akan gunakan keuntungan kueh talam dan kueh tako..manakala keuntungan bihunsup saya akan sapu bersih..he he he he ( perancangan macam tahun-tahun lepas )...

DAPATKAN EBOOK "RAHSIA SUP GEARBOX ANDA SECARA PERCUMA SEKARANG , DISINI
Post a Comment