nuffnang1

.:)

Jan 26, 2016

Benarkah Ramalan El Nino


Image result for pic el nino

                  Salam dan selamat sejahtera buat semua yang meminati blog pasar malam ini, maafkan saya kerana jarang update info info terkini...kerana saya kini lebih banyak mempromosikan isu isu pasar malam di laman fb.

                       

Saya tidak mahir menggunakan android untuk update blog ini. Mungkin ada dikalangan sahabat yang mahir dalam menggunakan talipon jenis android...mohon jasa baik anda untuk membantu saya menggunakan teknologi terkini dengan menggunakan kecanggihan untuk update segala maklumat menggunakan talipon bimbit...anda boleh menulis diruangan komen bagi membantu saya.. dan jutaan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi membantu.

Ok kita balik kepada tajuk entry kita pada kali ini iaitu " Benarkah El Nino".
Pada hari pertama ramalan cuaca meramalkan El Nino bakal berlaku saya tertanya tanya , adakah ianya benar benar akan berlaku seperti tahun lepas El Nino dijangka membawa cuaca panas dri April hingga Julai 2015...namun meleset sama sekali bila hujan turun dengan lebatnya....dan pada tahun ini dijangka El Nino pada awal Januari hingga Mac , namun selepas 2 hari hujan turun dengan lebatnya setiap hari selama seminggu..

Ya memang benar la segalanya adalah ramalan dan yang menentukan adalah Allah SWT, namun maklumat kadang kala disampaikan kurang tepat nampaknya menunjukan betapa kurang mahirnya penganalisis cuaca.
Dan petang tadi Ramalan Cuaca kata yang fenomina El Nino akan berlaku hingga April plak dah huhuhu...sebelum ini hingga Mac 2016...saborrrr ja laaaaa..

Masihkah anda ingat yang tahun 2015 bermula dari awal Oktober berlakunya "Jerebu" selama 2 minggu dan kemudian disusuli dengan fenomena hujan setiap petang sehinggalah penghujung Disember 2015...

Fenomena hujan petang telah menyebabkan ramai dikalangan peniaga pasar malam mengalami kerugian yang teruk dan ada juga yang hampir putus asa , mana tidaknya setiap petang masuk jam 4 petang hingga jam 10 malam akan hujan.

Kita tidak mampu menghalangnya kerana segalanya berlaku atas kehendak Allah dan Allah lebih maha mengetahui segala apa yang berlaku. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat semua...
Di dalam " group", kami peniaga pasar malam ada yang meluahkan perasaan yang hampir kehabisan modal, putus asa dan sudah tidak mampu menghadapi dugaan lagi..namun sebagai seorang yang berpengalaman dan pengasas ' Group" whataps pasar malam, saya bertanggungjawab memberikan suntikkan semangat buat sahabat sahabat semua agar tabah....

Dan saya telah memberi satu cadangan untuk mengatasi masalah kehabisan modal dimusim hujan sekitar November, Oktober dan Disember. Pelbagai cadangan telah saya utarakan dan semoga sahabat lain boleh mendisiplinkan diri untuk melaksanakanya...

Anda ingin tahu apa cadangan dan saranan saya, sama sama kita tunggu pada posting akan datang dengan tajuk " Perancangan Darurat Musim Hujan 2016".

DAPATKAN PANDUAN BERNIAGA DIPASAR MALAM DGN EBOOK HEBAT KAMI KLIK SINI
Post a Comment