nuffnang1

.:)

Jan 29, 2016

Jadilah Peniaga Pasar Malam Yang MUAMALLAH

              Pasar malam boleh dikatakan sebagai satu medan bagi para penduduk di Malaysia mendapatkan bahan mentah secara murah daripada pembeli. Pasar malam diibarat tempat yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan pelbagai barang yang diperlukan khususnya barang dapur atau barang rumah.

Ada penjual yang menjual ikan segar, buah-buahan segar, sayur, ulam, makanan kampung, seperti keropok lekor, ubi rebus, jagung rebus, makanan barat seperti burger, roti john, daging salai, dan macam-macam lagi.

Namun sejauh mana penjual ini berlaku jujur kepada para pelanggan. Jualan secara menipu amat dilarang di dalam Islam. Jualan secara menindas atau mengambil kesempatan juga amat dilarang di dalam Islam.

Maka sebagai seorang penjual Muslim khususnya, konsep jujur, amanah, benar,  dan konsep ehsan perlu ada pada diri mereka. Berikut merupakan perkara yang kerapkali berlaku di dalam muamalah pasar malam:

1. Membeli buah durian, tetapi apabila pulang ke rumah di dapati buah durian yang dibeli telah pecah, isi buah menjadi masam dan hanya sebilangan kecil isi durian yang dimakan. Walhal semasa hendak membeli penjual telah menunjukkan bahagian isi durian yang sempurna dengan mengopek bahagian yang sempurna sahaja dengan menyembunyikan bahagian yang buruk.

2. Membeli buah rambutan yang manis dan lekang isinya sebanyak 3 kilo tetapi apabila pulang didapati hanya dua kilo yang boleh dimakan manakala 1 kilo lagi tidak boleh dimakan kerana isinya masam dan rosak.     Rupanya semasa penjual memasukkan rambutan ke dalam plastik, beliau hanya mengambil hanya buah rambutan yang sempurna dibahagian hadapan meja sebanyak 2 kilo  manakala 1 kilo lagi penjual mengambil dari bahagian bawah meja yang tidak sempurna.

3. Menjual ikan yang dibeli pada harga borong lama dengan harga baharu kepada pembeli. Ertinya stok yang telah 3 hari tidak habis dijual sepatutnya dijual pada harga yang lebih murah berbanding hari pertama dijual.

4. Menjual barang curi yang diperolehi daripada pencuri kepada pembeli dengan harga murah.

5. Memberi maklumat palsu kepada pembeli seperti barang ini baru sampai, barang ini original walhal cetak rompak dan pelbagai lagi.

Sebenarmya banyak lagi perkara-perkara muamalah yang berlaku di pasar malam yang tidak mengikut muamalah Islam.

Sekiranya perkara ini terus berlaku, maka keberkatan rezeki yang diperolehi oleh penjual melalui hasil titik peluh di pasar malam akan tergugat kerana ada unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh syarak.

Maka berhati-hatilah wahai sahabat sahabat ku sekalian. Peniaga pasar malam yang baik ialah peniaga yang jujur dengan pembeli, harga barang tidak tinggi tetapi masih untung, mementingkan kuantiti pembeli yang ramai berbanding harga barang tinggi, tidak meninggalkan sembahyang walau berniaga di pasar malam, bercakap benar tentang barang dan harga yang dijual.

Mementingkan kepuasan pembeli berbanding keuntungan maksimum, suka memberi lebih pada kadar harga sebenar.

Peniaga pasar malam yang jujur dan bersifat seumpama ini dipanggil peniaga pasar malam al-Abrar yang tahu tentang peranannya sebagai khalifah dimuka bumi yang sementara sahaja ini.

NAK NEGA PASAR MALAM JOM SAYA AJAR ANDA HINGGA BERJAYA

No comments :