Ramai dikalangan kami peniaga pasar malam terjejas ekoran harga ayam bersih dipasaran melonjak terlalu tinggi semacam tidak dapat dikawal..
Harga yang tidak tetap dan sentiasa berubah ubah amat menyusahkan kami peniaga yang berorientasikan daging ayam. Ada yang menjual sehingga RM9 ke atas....dan juga yang menjual RM8..
Kalau kita ke Pasar Bukit Mertajam ayam kini mencecah RM8 perkilo. Keadaan ini membuatkan peniaga pasar malam terpaksa mencari kaedah terbaik mendapat ayam yang lebih murah.
Dengan adanya Econsave di Perda City Mall dan juga Mydin Jalan Baru →Perai , menjadi rezeki buat kami kerana ayam disitu hanya sekitar RM4.99 perkilo dan kadangkala RM5.99 namun tidak pernah mencecah RM7 pun perkilo.
Memang benar ayam di Mydin adalah sejuk beku namun dari segi rasa dan kualiti masih hebat dan mantap, tak perlulah sesetengah orang mempertikaikanya kerana kami masih menjual pada harga yang cukup murah hanya RM3.50 ke RM4 sahaja semangkok bagi bihunsup..
No comments :
Post a Comment