nuffnang1

.:)

Jan 27, 2016

Taman Sunyi DiLimpahi Hujan Lebat

Hari ni 27hb Januari 2016 Rabu. Perniagaan kami adalah di Taman Sunyi, Alma Bukit Mertajam, S.Perai Pulau Pinang...

Nama Taman Sunyi diambil semperna sebuah Taman dihadapan Pasar Malam dan yang paling ketara adalah seiring dengan kurangnya pelanggan, maka sinonim dengan itu kami peniaga pasar malam ini terus menjenamakan dengan nama Taman Sunyi....

Kedudukkanya di belakang Lian Hup Mini market dan belakang jalan besar membuatkanya makin suram dan ditambah kesuraman lagi bila mana musim hujan....

Tadi semasa kami sedang berniaga suasana persekitaran agak rancak dengan kunjungan pelanggan namun dipuncak langit awan mula bertukar kehitaman dan semakin lama semakin berarak kegelapan awan dan menakutkan pelanggan yang berada di pasar malam.

Dalam sekelip mata orang ramai menjadi bimbang dan bertempiaran menyelamatkan diri kerana takut ditimpa hujan .....

Tak sampai pun setengah jam hujan turun rintik rintik dan diikuti angin kuat kemudian berserta kilat dan turun dengan lebatnya.....kami peniaga masing masing menjadi binggung dan mampu memegang payung serta khemah masing masing kerana risau dirempuh angin kuat...ketentuan Allah tak dapat siapa menduga dan kami terima takdirnya dengan redha....

RAMALAN CUACA MALAYSIA MERAMALKAN EL NINO IAITU PANAS SEHINGGA APRIL....ADOIIIIII HAHAHAHHA....NAMA PUN RAMALAN KAN . DARI TAHUN LEPAS HINGGA TAHUN NI...X PERNAH NAK TEPAT.

EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI...KLIK UNTUK DAPATKANYA

No comments :