nuffnang1

.:)

Jan 27, 2016

Berjuta Ringgit Tertunggak Skim Bantuan Bazaar Ramadan Tidak DiBayar

Salam dan selamat sejahtera buat anda...topik tengahari ini agak merunsingkan diri saya sendiri kerana kurang 5 bulan lagi kita akan menyambut Ramadan dan ramai dikalangan kita akan memerlukan wang modal pusingan bagi menjalankan perniagaan di Bazaar Ramadan.

Namu akibat sikap segelintir dikalangan peniaga peniaga kecil yang gagal membayar pinjaman Skim Pinjaman Bazaar Ramadan pastinya akan menjejaskan kawan kawan lain untuk membuat pinjaman nanti dan sudah pastinya syarat syarat akan lebih diperketatkan...

Majoriti peminjam adalah dikalangan kita peniaga melayu dan beragama Islam namun kenapa masih lagi terdapat sikap sebegini dan sukar membayar hutang.

Dalam Islam sendiri amat amat menegah dan melarang umat Islam yang berhutang tapi tak nak bayar. Tahukah anda hukum tidak membayar hutang yang digambarkan dalam Al Quran adalah Roh si mati akan tergantung di awang awangan sehinggalah ke hari kiamat..dan akan dibawa untuk perhitungan di padang Mahsyar nanti dan juga di tafsirkan Si Pemiutang akan menanggung segala dosa dri Si Pemberi Hutang wallahualam.

Hiduplah dalam bersederhana dan ikut kemampuan diri sendiri.....yang ingin berniaga di Bazaar Ramadan tahun 2016 buatlah persiapan dari sekarang. Beli barang sedikit sedikit agar bila tiba Ramadan nanti anda tidak akan terbeban dan terpaksa berhutang dan menambahkan lagi beban kewangan anda.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

No comments :