Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah yang esa namun ada sebab musababnya yang tidak mampu dielakkan.
Kita melakukan kerja dengan cukup berhati-hati namun sedikit kecuaian mengakibatkan kecelakaan yang parah.
Sebagai peniaga pasar malam yang telah menceburi bidang ini selama 18 tahun, inilah kali pertama berlaku terhadap diri saya, kejadian berlaku pada 31hb Dis 2015 jam 12.30 tengahari . Akibatnya macam gambar dibawah namun saya tetap tabah ...
Begini hidup seorang peniaga pasar malam atau pun orang yang bekerja sendiri. Ketabahan perlu ada dalam diri kerana kalau nak dilayan dah tentu 2 minggu cuti dan tak berniaga. Apa yang nak saya sampaikan adalah sebagai seorang peniaga pasar malam, anda perlu punya kemantapan jati diri yang tinggi, tak mudah mengalah, tak mudah putus asa dan yang paling penting kena jadi robot dan tahan sakit.
Jangan dimanjakan diri kerana kalau anda punya pekerja dan anda bercuti maka kena bayar gaji kepada mereka. Tak boleh menganiaya pekerja disebabkan kita sakit. Jadi anda kena ingat yang pekerja anda juga ada tanggungan.
Kisah ini saya paparkan hanyalah sekadar memberi motivasi pada anda dan bukanya meminta simpati ....sekadar share untuk anda berfikir dan adakah anda semangat anda kental seperti saya. Bagi yang makan gaji saya yakin dah tentu ambik MC 2 minggu hahahhaha...
Pekerjaan kita tak sama yang penting apa yang dicari diberkati Allah dan berkat untuk anak dan isteri.
Kifarah yang Allah berikan pada saya adalah untuk menghapus segala dosa dosa kecil...bila kemalangan ini berlaku maka Allah perintahkan Malaikat menarik kegembiraan, menarik kenikmatan dan menarik segala dosa dosa sya..
Bila sudah sembuh Allah perintahkan Malaikat kembalikan kegembiraan, kembalikan kenikmatan tetapi Allah tidak kembalikan dosa-dosa saya....Allahhurabbi besarnya kekuasaan Mu Ya Allah.....
PASAR MALAM LUBUK DUIT JOM NEGA PASAR MALAM KLIK EBOOK ANDA SINI
No comments :
Post a Comment