Saya Askar Pencen Akan Bantu Anda Hingga Berjaya di Pasar Malam Dan Sebagai Jutawan SimKad Tone WoW.Jana Pendapatan PASIF Hingga Pencen
nuffnang1
Dec 30, 2012
Doa Mustajab Pasar Malam
Salam dan selamat sejahtera, semoga anda sihat walafiat hendaknya..pastinya semua yang berada di Negeri Pulau Pinang gembira disebabkan hampir satu minggu hujan tidak turun. Apa yang penting kita bersyukur dengan apa yang Allah telah limpahkan kepada kita.
Namun apa yang ingin kita bicarakan pada hari ini merupakan satu amalan yang bagaimana anda lakukan untuk melariskan jualan anda, di harap anda tidak menggunakan benda-benda tahyul yang khurafat.
Sebagai umat Islam senjata yang paling hebat dan paling kuat merupakan doa, namun bagaimana anda melakukan dan menggunakan doa-doa tertentu dalam penyediaan makanan yang anda sediakan.
Berdoa tidak semestinya di dalam bahasa Arab sahaja , doa juga boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing kerana Allah tidak memandang bahasa pertuturan atau kulit atau bangsa , yang menjadikan manusia itu hebat adalah amal ibadatnya justeru itu jangan lah anda risau sekiranya anda tidak mampu berdoa didalam bahasa Arab yang mungkin menyebabkan anda malas untuk berdoa.
Doa merupakan sesuatu yang kita pohon kepada Allah yang maha esa meminta pelbagai perkara yang kita ingini dan sebagai seorang peniaga sudah pastinya, kita ingin memohon agar perniagaan kita berjalan dengan lancar serta laris dan rezeki yang kita perolehi melimpah ruah saban hari.
Tetapi bagaimana cara anda aspirasikan cara berdoa tersebut dan bila perlu anda mulakan dan bagaimana keadaan diri anda semasa berdoa. Berdoa tidak semestinya semasa berada di atas tikar sembahyang ( sejadah ) sahaja, berdoa boleh di lakukan sebilang masa samada duduk, berdiri atau apa sahaja.
Anda juga perlu beradab semasa berdoa namun tidak perlu terlalu formal, jangan salah ertikan formal itu. Sebaiknya jika anda telah melakukan hubungan intim seeloknya anda mandi hadas dahulu sebelum memasak kerana kurang elok memasak untuk di makan dalam keadaan berhadas besar dan inilah yang di katakan keberkatan.
Di sini saya akan dedahkan cara-cara berdoa untuk perkongsian buat kawan-kawan yang masih dalam keadaan was-was doa yang sepatutnya dituturkan. Doa ini telah saya amalkan sejak 14 tahun yang lalu sehinggalah sekarang ini tanpa ada perasaan jemu jemu. Saya selalu mulai berdoa semasa permulaan melakukan tugas-tugas memasak seawal pagi.
>>>>> BISMILILAHIRRAHMARNIRRAHIM , YA ALLAH YA TUHANKAN, ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, ALLAH YANG MAHA MENDENGAR , ALLAH YANG MAHA MEMBERI, AKU POHON PADA MU YA ALLAH, KAU BERKATILAH HIDUP KU PADA HARI INI, ANDAINYA REZEKI KU DI LANGIT KAU TURUNKAN LAH, ANDAINYA REZEKI KU DI BUMI ENGKAU NAIKANKAN LAH, LARISKAN JUALAN BIHUNSUP, TARIK LAH MINAT ORANG RAMAI MEMBELI BIHUNSUP KU SEHINGGA JUALAN AKU MENCECAH RM1500 MALAM INI, LIMPAH RUAHKAN LAH AKU DENGAN WANG RINGGIT DAN KEBAHGIAAN RUMAHTANGGA BERSAMA ISTERI KU SITI AISHAH BINTI SAFEE MUHAMMAD. AMIN AMIN YA RABBALALAMINN <<<<<<<<<
Itu lah doa yang sentiasa saya amalkan dari dahulu sehingga sekarang, anda tidak perlu mengikut doa seperti saya tetapi anda boleh cipta sendiri bagaimana cara untuk anda memohon dari Allah....
Masih ada lagi doa semasa memasak yang saya amalkan...dan saya akan dedahkan pada posting akan datang...salam
DAPATKAN EBOOK PANDUAN PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT TERKINI DISINI
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment