nuffnang1

.:)

Dec 23, 2012

7 Perkara Teras Untuk Pesara Tentera - Pasar Malam



Berita gembira buat pesara tentera yang ingin menjalankan perniagaan atau untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing sebagaimana yang telah diumumkan oleh PM baru-baru ini. Namun begitu perkara peling penting adalah usaha dan kesungguhan individu itu sendiri untuk memajukan diri dan taraf kehidupan. Segalanya telah di berikan dan kita sendiri yang akan mencorakkan masa depan kita.

KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan tujuh inisiatif teras bagi memperkasakan bekas tentera melalui Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP).


Tujuh inisiatif berkenaan ialah Program Penempatan Kerja untuk Veteran; Program Bimbingan Usahawan Veteran; Program Meningkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) oleh Industri dan Kad Privilege 1Malaysia.


Tiga inisiatif seterusnya ialah Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia, Program Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia dan Program Membaikpulih serta Membina Rumah Veteran 1Malaysia.


Menurut Najib, inisiatif berkenaan diharap dapat membela dan memperkukuhkan tahap sosioekonomi lebih 300,000 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 234,500 veteran tidak berpencen di seluruh negara.


Katanya, 1MVRP merupakan satu lagi produk 1Malaysia yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.


"Inisiatif ini boleh dianggap satu lagi usaha membantu rakyat tanpa mengira latar belakang, wilayah atau komuniti agar mereka turut mendapat faedah dan pembelaan daripada kerajaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 1MVRP di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.- Kosmo

EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DAPATKAN SEGERA DISINI

No comments :