Salam dan selamat sejahtera buat semua teman-teman seperjuangan dan tak lupa juga buat peminat blog pasar malam. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai peniaga pasar malam pastinya pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah sama-sama kita rasai.
Posting kali ini mungkin memuatkan anda tertanya-tanya, " Aikkk pasar malam pun kena ada etika ke? " namun sebagai seorang manusia kita perlu ada etika yang telah ditetapkan tak kira apa sahaja bidang dan jurusan yang kita ceburi dalam hidup ini untuk mencari nafkah dan lebih tepat lagi segalanya mempunyai undang-undang dan peraturanya.
Etika yang saya maksudkan bukanlah undang-undang yang telah di kuatkuasakan oleh pihak berwajib seperti etika seorang Pegawai Perubatan dan bidang yang sama dengannya, iaitu menyimpan rahsia pesakit dan segala fail dan folder tidak boleh di dedahkan sama sekali.
Begitu juga dengan peniaga pasar malam yang segintirnya gemar berbicara atau bercerita soal-soal peribadi yang mengaibkan seseorang samada sedar atau tidak. Perkara ini benar-benar berlaku dan saya sedar umpat-mengumpat berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia ini tanpa dapat di bendung atau di sekat sebab mulut tempayan boleh ditutp tetapi mulut manusia nak tutup macam mana????
Kisah-kisah peribadi kawan-kawan yang berniaga di pasar malam tidak perlu di hebahkan atau disebarkan keseluruh pasar malam kerana ini sudah tentu mengundang rasa tidak puas hati dan boleh mendatangkan aib, tidak perlu saya perincikan satu persatu perkara yang saya maksudkan, anda bijak memikirkannya sendiri.
Kekadang mereka-mereka yang selalu suka mengaibkan orang tidak sedar yang mereka juga tidak sehebat orang yang telah mereka ceritakan , namun mereka terpaksa menceritakan kisah orang lain bagi menutup tembelang mereka sendiri. Ingatlah yang rezeki kita cari menuntut keikhlasan dan hati yang mulia dan pastinya rezeki yang di perolehi juga berkat.
Fikir-fikir dan renung-renungkan.....eloklah cermin diri sendiri daripada mencerminkan orang lain.
EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM NO SATU DI MALAYSIA DISINI, DAPATKAN SEGERA
No comments :
Post a Comment