nuffnang1

.:)

Jan 2, 2013

Skim Cepat Kaya Pasar Malam


Salam dan selamat sejahtera buat anda semua, semoga sihat walafiat dan selamat tahun baru 2013 yang mudah-mudahah bertambah rezeki dan barakah didalam perniagaan anda tetapi bukan dengan Skim Cepat Kaya.

Kebelakangan ini saya amat teruja dengan kawan-kawan yang berniaga di pasar malam kerana semakin ramai yang telah mulai mengenali dunia online jika berbanding pada sekitar tahun 2008 dan sebelumnya. Rasanya peniaga golongan muda yang semakin ramai mengaplikasikan penggunaan internet sekarang ini sehingga ada di kalangan mereka telah tertipu dengan pelbagai skim yang terdapat di internet.

Saya tidak nafikan perkara ini pasti berlaku kerana setiap orang baru yang mula mengenali dunia online ini akan teruja dengan sesuatu perkara baru yang mereka temui walaupun perkara tersebut tidak benar . Mereka akan mudah terpedaya kerana mereka masih cetek dan dangkal dengan ilmu didunia online. Mungkin ramai antara kawan-kawan yang berniaga di pasar malam baru sekarang ini menemui forum-forum yang pernah saya berdiskusi suatu masa dahulu kerana forum-forum ini saya agak aktif sekitar tahun 2008 hingga 2009 sahaja dan kemudian saya jarang lagi aktif. Ramai kawan-kawan menyatakan kepada saya yang saya telah di hentam di forum-forum ini dengan teruknya...saya hanya tersenyum sahaja sebab saya dapat mengagak mereka mungkin tidak faham konsep perbincangan di dalam forum disebabkan masih baru.



Di dalam forum pastinya ada pro dan kontra , ertinya setiap apa yang kita bicarakan tidak semua orang akan bersetuju dan tidak semua orang juga akan mengkondem. Apatah lagi pada tahun 2008 yang kebanyakan peniaga pasar malam tidak langsung ada di dunia online berbicara dan saya salah seorang pencetus idea dengan menerbitkan ebook berjudul " The Silent Pasar Malam Billionaire" untuk mengajar sesiapa yang berminat berniaga di Pasar malam. Pada masa itu ramai yang kurang yakin atau percaya yang pendapatan Pasar Malam melebihi Gaji sebulan seseorang yang mempunyai ijazah. Dan bermulalah pertikaian masing-masing menegakkan siapa yang benar. Bagi saya perkara tersebut adalah normal dan kini bila dunia internet Malaysia semakin berkembang maka tidak hairanlah kebenaran kehidupan peniaga pasar malam kini mulai terselah dan terbukti kemampuan dari segi pendapatan.

Kita lupakan sahaja tentang isu-isu di forum , dan kita balik kepada Skim Cepat Kaya di Internet. Saya ada berbicara dengan beberapa orang kawan-kawan yang juga peniaga di pasar malam tentang sistem " Click" ..masa saya dengar perkara ini kenangan saya terimbau sekitar tahun 2009 dahulu dan saya tersenyum sendiri dan di dalam hati kecil saya berkata " Ni ada yang pasti terkena ", dan sebentar tadi di Pasar Malam Taman Sri Janggus, Alma , Bukit Mertajam telah ada seorang kawan yang kerugian hampir RM5000 disebabkan pujuk rayu ejen offline yang berjaya mencairkan hati seorang sahabat ini. Namun nak buat apa, nasi dah jadi bubur maka tawakal sahaja.

Di sini saya ingin menyeru dan menasihat kepada kawan-kawan yang seangkatan sebagai Peniaga Pasar Malam, agar jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan pujuk rayu samada online atau offline untuk melabur didalam skim-skim yang merapu sebegini. Fikir secara logik , tidak mudah menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa usaha yang gigih. Tidak mungkin RM100 akan menjadi RM10.000,00 dalam masa 1 minggu. Yang akan membuatkan anda menjadi senang walaupun tidak kaya hanya BERNIAGA DI PASAR MALAM.

Dan berhati-hatilah dengan skim-skim yang ada di dunia online ini yang mungkin akan menyebabkan anda kerugian sejumlah wang yang banyak dan tidak mustahil akan menyebabkan anda gulung tikar dari berniaga di Pasar Malam.

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH DENGAN MAKLUMAT TERKINI MELEDAKKAN PASAR MALAM ANDA

No comments :