nuffnang1

.:)

Jan 14, 2013

BANNER - Kepentingan Perniagaan Pasar Malam

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua. Agak lama juga saya tidak berpeluang update posting terbaru akibat kekangan kesibukkan yang memanjang kebelakangan ini. Memandangkan cuti semester baru sahaja tamat so saya baru punyai sedikit kelapangan untuk meninjau segala blog kepunyaan saya.




Tajuk entry pada kali ini sudah lama saya pendam untuk menghuraikan akan kepentingannya di dalam perniagaan pasar malam anda. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari betapa pentingnya kain rentang (banner) yang mempamerkan jenis perniagaan anda . Kain rentang ini jugalah bakal mempromosikan produk anda lantaran terus meledakkan perniagaan anda.

Sedar atau tidak, anda mungkin tidak di kenali walaupun sudah sekian lama anda berniaga di pasar malam . Maksud saya bukan orang tidak kenal anda tetapi jenis perniagaan anda , barangkali terdapat pelbagai jenis jualan yang serupa dengan anda sebagai contoh bihunsup, ada pelbagai bihunsup dari pelbagai orang dan negeri. Maka dengan itu anda harus mempromosikan produk anda dengan menggunakan satu jenama, dan jenama itu anda tuliskan pada kain rentang ( Banner ) dengan nama dan jenama yang anda rasa terbaik.


Bagi memilih jenama atau " Branding" itu terpulang kepada anda sendiri samada untuk menggabungkan nama anda atau isteri, nama keluarga, nama anak atau nama yang mempunyai sejarah atau nilai-nilai yang amat berharga bagi anda. Anda boleh memilih yang terbaik sekali seperti contoh saya gunakan jenama " AREE BIHUNSUP EX-SERVICE" memandangkan saya adalah seorang pesara tentera. Jenama ini telah pun saya fikirkan 14 tahun yang lalu semasa saya masih lagi berkhidmat di dalam Angkatan Tentera kerana pada masa itu saya memerlukan satu nama yang akan membuatkan orang menggingati saya sebagai seorang penjual bihunsup serta tidak melupai yang saya juga seorang pesara tentera.

Anda juga boleh melakukan seperti mana yang saya lakukan untuk meningkatkan jualan pasar malam anda, sebagai contoh anda menjual air tebu, anda boleh gunakan " AIR TEBU BAGAN" atau anda menjual popia anda boleh gunakan " KAMAL POPIA SEMPOI". Dengan itu pembeli akan sentiasa mengingati anda setiap kali bila mereka ingin ke pasar malam. Anda boleh praktikan mulai sekarang dan anda boleh lihat sendiri bagaimana akan meningkatnya jualan anda dalam masa yang singkat.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM DI SINI DENGAN SEGERA  

No comments :