nuffnang1

.:)

Jan 4, 2013

Bertuahnya Pasar Malam Seberang Perai/Pulau Pinang

Salam dan selamat sejahtera, berita TV 1 melapurkan banjir yang melanda Pantai Timur yakni Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menjejaskan peniaga-peniaga Keropok Lekor termasuklah peniaga-peniaga kecil yang menjalankan perniagaan berupa " Open Stall " atau lebih tepat lagi yang menggunakan kaki Payung.

Ini akibat hujan yang berlarutan sehingga menyebabkan banjir di mana segala aktiviti perniagaan tidak dapat di jalankan . Betapa hebatnya ujian dan cabaran yang getir terpaksa di harungi oleh sahabat-sahabat kita di Pantai Timur dan mereka terpaksa berehat kerana terpaksa . Mana mungkin menjalankan perniagaan di kawasan banjir begitu juga di tapak-tapak pasar malam yang penuh dengan air, cuba kita bayangkan bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan seharian apatah lagi sesi persekolah baru sahaja bermula . Dan ini menuntut mereka terpaksa menggunakan wang yang banyak bagi persekolahan anak-anak.

Oleh itu kita peniaga pasar malam yang berada di Seberang Perai dan Pulau Pinang sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang ini, walaupun hujan masih turun sekejap-sekejap di beberapa kawasan namun kita masih lagi mampu menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa.  Mungkin jualan sedikit kurang tetapi kita masih lagi mampu menjana keuntungan bagi membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anak berbanding kawan-kawan di Pantai Timur.

Kita sepatutnya berusaha dan terus berusaha melonjakkan lagi perniagaan kita dan sentiasa tingkatkan tabungan bagi kegunaan di masa sukar . Saya teringat kata-kata Pak Ngah Laksa yang memang sudah terkenal dengan Laksa Berasnya . Beliau pernah menasihatkan saya agar sentiasa beringat semasa senang sebab dalam setahun 3 ke 4 bulan pasti kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan bagi menampung modal perniagaan apabila cuaca dengan hujan setiap hari. Kata-kata nasihat beliau telah terbukti kini, apabila tahun lepas iaitu tahun 2012, bermula selepas Hari raya Puasa sekitar Ogos sehingga Disember 2012 hujan sentiasa sahaja turun tidak menentu memaksa peniaga-peniaga Pasar malam seperti saya mengeluarkan modal dari tabungan. Inilah yang di katakan nasihat orang lama harus kita ambil ikhtibar dan disimpan sebagai panduan dan pedoman.

Apa yang mampu saya katakan kepada sahabat-sahabat di Pantai Timur adalah bersabar banyak-banyak dan sentiasa memohon kepada Allah agar keadaan pulih seperti sediakala.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN DAN TIP MUDAH BAGI ANDA MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM

No comments :