nuffnang1

.:)

Nov 30, 2012

Skim Persaraan Swasta - Peluang Pasar Malam

Mungkin anda pernah mendengar Skim Persaraan Swasta yang telah di lancarkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini yang memberi peluang kepada pekerja swasta samada individu, syarikat atau sesiapa sahaja merancang pelan kewangan semasa tiba hari persaraan nanti.



Banyak yang telah kerajaan lakukan bagi menjamin masa depan kita yang tidak mempunyai jaminan dari segi ekonomi selepas tiba usia bersara nanti. Peluang yang di berikan ini wajar di rebutoleh kita setiap peniaga pasar malam bagi menjamin masa depan kita serta anak-anak apabila usia semakin meningkat dan tiada sumber pendapatan lagi, skim ini sedikit sebanyak dapat membantu peniaga pasar malam dengan nilai tabungan serendah RM50 sebulan.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut bagi mengetahui skim-skim dan faedah yang di tawarkan di laman web >>

SKIM PERSARAAN SWASTA


Berikut adalah sedikit maklumat yang saya dapati dari laman web Suruhanjaya Sekuriti: layari link yang di berikan..

SOALAN LAZIM MENGENAI SKIM PERSARAAN SWASTA ( PRC)

Saya rasa sebagai peniaga pasar malam kita sepatutnya mengambil peluang ini dan merancang masa depan yang lebih cemerlang apabila usia mencecah ke 50an dan mungkin dengan skim persaraan ini masa depan kita akan lebih terjamin...

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


KUALA LUMPUR 28 Nov. - CIMB Wealth Advisors Bhd. (CWA) hari ini memperkenalkan skim persaraan swasta (PRS) khusus untuk pengusaha kecil dan sederhana (PKS).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CWA, Munirah Khairuddin berkata, pihaknya mensasarkan untuk mencapai pendaftaran sebanyak 20,000 akaun PRS di kalangan PKS sehingga tahun depan.


Katanya, CWA juga mempunyai rangkaian perkhidmatan yang kukuh dengan 5,000 perunding skim tersebut di seluruh negara.


"Bagi menjayakan skim ini, CWA telah bekerjasama dengan SMECorp Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan PRS kepada PKS di Malaysia.


"Skim ini boleh menjadi pelengkap kepada simpanan PKS di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.


Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri majlis pelancaran skim persaraan swasta CWA untuk PKS di sini hari ini.


Yang turut hadir pada majlis ialah Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB-Principal Asset Management Bhd., Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Pengarah Kanan SMECorp Malaysia, Fozian Ismail. - UTUSAN
DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM YANG PENUH MAKLUMAT BUAT ANDA LEDAKKAN PERNIAGAAN ANDA

No comments :