nuffnang1

.:)

Nov 17, 2012

Kelantan Kita - Pasar Malam - Cuti Malaysia

Salam dan selamat sejahtera buat anda semua yang masih sudi untuk membaca serta singgah sebentar di blog pasar malam ini.

Hari ini saya berkesempatan menulis berkaitan cuti saya ke Kelantan yang amat menyeronokkan, di samping bertemu kawan-kawan serta pelanggan yang telah membeli ebook Pasar Malam dan saya ingin mengetahui perkembangan perniagaan mereka.

Apa yang telah saya saksikan sebenarnya tidak menggambarkan apa yang telah kawan-kawan di Pulau Pinang perkatakan sebelum ini.. perniagaan di sini memangnya cukup meriah disebabkan majoriti peniaga terdiri dari kalangan bangsa Melayu yang amat sedap di pandang dan sejuk hati saya.

Dari segi makanan pulak memang saya dan family tewas kerana kebanyakan masakan untuk tengahari atau pun lauk pauk memang bukan selera kami warga Pulau Pinang. Nasib baik ada kedai nasi Kandar di tengah-tengah Bandar Kota Bahru dan rasanya itulah satu-satunya kedai nasi kandar yang saya jumpa di kelantan..namun malangnya perniagaan nasi kandar di sini mati segan hidup tak mahu hanya sekadar boleh bertahan...

Saya juga berkunjung ke Wakaf Che Yeh pada malam harinya ..dan memangnya cukup meriah. Boleh di katakan ala-ala UP-Town di Seberang Perai, pelbagai barangan di jual dari hujung kaki sampai hujung rambut dan saya akui memangnya cukup murah sebagai contohnya Jersey Bola...di sini di jual 3 helai RM20 sahaj..murahkan...

Namun yang amat meleset seperti di perkatakan setengah dari kawan saya adalah berkenaan bila azan berkumandang maka kedai di tutup dan urusan jual beli di hentikan....apa yang saya perhatikan peniaga tetap berniaga dan tidak mempedulikan azan serta urusan jual beli tetap rancak seperti di Pulau Pinang...begitu juga dari segi pakaian gadis melayu ..masih ramai yang tidak menutup aurat atau berhijab serta ada juga pekerja di kedai makan yang memakai hijab namun berbaju lenngan pendek serta t.shirt yang terdedah pada bahagian belakang menampakkan susuk tubuh....

Maafkan saya bukanya berniat menyinggung mana-mana pihak tetapi hanya sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman sahaja dan menafikan kenyataan sahabat saya...rasanya mungkin hanya di bahagian kampung-kampung sahaja di praktik kedai di tutup semasa azan berkumandang....

Apa pun memang best ke Kelantan minggu lepas..kemajuan yang pesat dan menyeronokan....

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN PASAR MALAM YANG MURAH DAN MUDAH DI FAHAMI DI SINI..DAPATKAN

No comments :